Wednesday, January 23, 2019

... Surat untuk Mak Mentua Ku ...

0 cinta utkku
Assalamualaikum Mak,

setahun dah Mak tinggalkan anak anak dan menantu menantu Mak. dan juga abah. sekejap nye masa berlalu ye Mak.
Mak pergi Umrah dan pergi tak balik balik lagi.

syukur Mak ditempatkan di tanah suci. masa tengok gambar Mak pejam mata tu. Mak macam tidur tau.
tidur yang tak akan sedar selamanya.

Mak,

pada 20haribulan januari 2019, ada buat kenduri tahlil untuk Mak dan aqiqah untuk cucu cucu Mak.
Mak tau tak angah dah ada anak? comel anak dia Mak. kteorg panggil budak bando. hehe. sebab lahir kat hospital shah alam. hehe.

tak la guro aje tu Mak.

Mak,

Mak tak sempat bermain dengan Mawar. Mak tau tak selalu kan Eddy cakap Mawar tak sempat kenal Nenek dia.
mengalir air mata dalam hati ni Mak.

Mak,
doakan la anak anak Mak bersatu hati. sekarang tinggal Abah aja. harap mereka tak sakitkan hati Abah. Mak doa kan ye Mak.

kami semua rindu Mak.

masa kenduri ada orang cakap, kenduri tak sama sejak Mak tak ada. Mak lah orang yang sebok bila kenduri. sampai semua marah Mak suruh rehat. tapi Mak taknak. sebab Mak tak sanggup tengok rumah berselerak. hehe. dah kemas pun Mak tetap macam tak puas. hehe.

Mak, doakan kami ye Mak. kami sentiasa rindu Mak.

Nana pun tiap kali balik kampung mesti harap Mak ada di muka pintu tu. yang semua berita itu palsu. tapi ia benar kan.

maaf kan nana Mak. nana ada sifat "denial".
sifat yang sukar untuk terima hakikat.

maafkan Nana Mak.

Mak, Mawar boolat tau. comel aje muka dia. innocent sangat.

Mak,
rehat lah Mak. biar anak anak Mak jaga Abah dan Nurul lak.

Al-Fatihah untuk Mak, Hamidah binti Hamid.


❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤

Thursday, November 1, 2018

... Syurga aku ...

0 cinta utkku
ada anak tiga bukan kredit untuk melepaskan tanggungjawab.
susah sebenarnya nak terima hakikat. setiap hari tak putus asa berdoa moga anak aku kembali normal seperti budak lain. normal. petah bercakap. ceria dan sihat.
.
usia 3tahun sudah tapi masih belum bercakap lancar seperti kawan seusia dia.

risau?
mak mana tak risau. ulang alik ke hospital bukan perkara main main.
sejak Lutfy ada apoointment HTAR, aku jarak ponteng kerja. sebab aku perlukan duit untuk hantar die ke tempat yang penuh sensory untuk dia.
semoga Allah murahkan rezeki aku dan suami. kerana Lutfy adalah keutamaan kami,
semoga Allah berkati apa yang kami lakukan.
lagi lagi anak kami.

tak putus asa berdoa

aku bersyukur sekarang dia pandai bermain dengan adik dia, Humaira.
bermain bersama siap bercakap lagi.
kak, arii..
that word i will never forget.
she teach him to talk.
and he talk.
YA Allah syukur sangat,
ko memg maha pendengar.
.
harap semua dipermudahkan. aminn.


❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤

Thursday, March 1, 2018

... Duri dalam daging dan gila harta ...

0 cinta utkku
aku tak tahu lah apa akan trjadi pada keluarga aku ni but really this happen to us?
just like drama at tv?
i must be dreaming kot.

adik tak hormat abang and expect they all respect you?
WTFish?
how rude!

duit.
nak kahwinkan anak acah acah macam ko dato'.
baru keje gov dah berlagak.
puih!
datang kawasan orang bukan nak bergaul dengan orang pun.
ni berlagak sendiri.

peninglah dengan orang berlagak ni.
anggap semua orang suka die.
ek eleh.

eee. baget betul. gila harta.
gila
gila
gila

❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Usagi Sailor Moon - Link Select