Tuesday, May 17, 2016

… REZEKI KAN …


Sejujur, ini kandungan kedua.
Mula aku dapat tahu aku mengandung memang mengundang kisah perjalanan hidup aku menghadapi liku liku alahan.
Kali ini mungkin teruk kerana aku ada anak lagi satu yang masih kecil.
Mungkin teruk kerana aku sakit diperut. Rasa seperti mahu sengugut saja.
Bukan mahu menidakkan kandungan ini. Tapi masa mula mula mengalami alahan. Macam macam sakit aku dapat. Bukan nak mengeluh tapi tak tertanggung sakit itu.
Aku dah abaikan anak dan suami dalam waktu yang sama. Dok muntah muntah sampai masuk hospital.
Sampai ada satu tahap aku tak mampu nak hadapi semuakan. Aku pernah bercakap kat suami aku, mak aku, kakak aku yang aku tak mau anak ini.
YA ALLAH berdosanya aku.
Sekarang menginjak 3 bulan dan aku rasa sedikit okay. Muntah petang but okay.
Cume suka minum air sejuk dan bergas. Tapi dah kurangkan gas. Cume sejuk saja.
Harap mabuk ini cepat ilang. Nak makan. Nak g kedai. Nak jalan jalan. Nak berhepi with my husband and son.
Dan juga balik kampong jumpa mentua. Dengar cerita mak mentua tak sihat. Harap mentua sihat selalu. Aminn

-coretan di dalam opis. 12.25am. boring semua cuti-

❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤

0 cinta utkku:

Usagi Sailor Moon - Link Select