Monday, May 14, 2012

... menanti yang tak pasti ...

aku ada satu sifat yang aku gemar sejak dahulu lagi. "MENANTI YANG TAK PASTI". ya. itu sifat kegemaran aku sejak dahulu lagi. menderita tapi membahagiakan. sesungguhnya ia sangat membosankan.


aku gemar menjadi seperti ini.
menanti awan gelap untuk menurunkan hujan. walaupun awan itu hanya lalu sahaja.
menanti bintang Capricon di Malaysia, walaupun bintang itu hanya wujud di Kutub Utara.
menanti taugeh tumbuh, walaupun kacang hijau itu telah direbus.
menanti artis popular untuk mengahwini aku, walaupun artis sudah ada pilihan hati.


aku sentiasa menjadi pemegang tali yang sendirian. dengan harapan ada si pemegang tali yang sanggup pegang tali bersama-sama dengan aku. tapi, mereka hanya pegang seketika dan alihkan hujung tali itu saja moga ia tidak menghalang laluan.


menanti dan terus menanti. menderita dan terus menderita.

aku suka menjadi seorang penderita. kerna menderita amat membahagiakan.

dan menanti adalah sifat aku.

menanti dia yang sudi.
menanti dia yang terima aku seadanya.
menanti dia yang mengajar aku menjadi seorang wanita.
menanti dia yang mengajar aku tentang islam.

awak, saya menanti awak. walaupun tak pasti siapa awak.



❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤

0 cinta utkku:

Usagi Sailor Moon - Link Select