Thursday, May 24, 2012

... masa ....

masa tidak akan dapat diundur sampai bila-bila pun.

sebab itulah as human kita kena kejar masa.

sebab masa tidak akan toleh kebelakang.

tapi

masa menghargai setiap detik yang berlaku.

 

kadang kala aku harap aku boleh menjadi masa.

tidak pandang belakang.

jatuh seribu kali pun tetap teguh berjalan.

 

andai aku menjadi masa.

pasti ramai akan hargai aku.

anggap aku adalah paling penting dalam hidup mereka.

 

Cuma masa sentiasa lupa masa lalu.

ya.

masa tidak akan mengingati benda yang telah berlaku.

sesaat pun dia tidak akan ingat.

masa Cuma ingat masa hadapan.

apa yang bakal berlaku.

apa yang bakal terjadi.

 

menjadi masa kekadang kita akan menjadi seperti manusia yang tiada perasaan.

kadang kala leka memikirkan masa depan hinggakan lupa apa yang sedang berlaku.

 

masa oh masa.

kau tidak akan dapat diundurkan mahu pun dalam sesaat.

 

andai kita seiring, belum tentu kita boleh jadi sahabat.

kerna kau bergerak sendirian.

kau tidak perlukan teman.

kau tidak perlu mencari kawan.

kau boleh berjalan tanpa siapa-siapa pun.

 

 

 

..: Nana :..

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- This email and any files transmitted with it are confidential and intended solely for the use of the individual or entity to whom they are addressed. If you receive this email in error, please delete the same and notify the sender. --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

0 cinta utkku:

Usagi Sailor Moon - Link Select