Monday, May 14, 2012

... masa itu kau tiba ...


sukar untuk bernafas bila masalah datang tanpa dipinta sambil bermain tarik tali dengan kita. hinggakan kita jatuh tersungkur bila kita sudah penat menarik tali penyelesaian.

saat itu, aku terduduk menangis. tiba-tiba tangan kau menyentuh kepala aku sambil berkata, usah putus asa.
aku menatap wajah kau dengan muka yang basah. dengan menggunakan kain di belakang lengan aku lap air mata yang menitik keluar dari kelopak mata.

kau hulurkan tangan aku, aku sambut dengan tersenyum. nipis. tapi memuaskan hati. kau kata lagi, kita sama-sama tarik tali ini. dengan penuh semangat di jiwa, aku menarik tali itu.

dan akhirnya. aku menang. kemenangan ini aku sambut sambil memegang erat tangan kau. kau senyum puas. aku ketawa puas. masalah itu tersungkur dan hilang.

tapi jangan ingat tiada tali yang muncul. masih ada banyak tali masalah perlu ditarik untuk menyelesaikan masalah-masalah itu.

dengan penuh erat tangan aku kau gengam dan kata, ayuh! kita sama-sama menyelesaikannya. usah gentar dan usah gelabah, InsyaAllah. pasti semuanya selesai.

tiada bimbang dalam jiwa. tiada risau dalam hati. tiada serabut di akal.
hanya mampu berkata dalam hati, moga kau disisi aku selamanya.


❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤

0 cinta utkku:

Usagi Sailor Moon - Link Select