Sunday, May 27, 2012

... malang itu aku ...

mood: not in good ad all.

pernahkah terfikir yang diri ini seorang gadis yang malang?
aku selalu terfikir bila aku bersama dengan dia.
always.

atau aku sebenarnya tidak bersyukur dengan apa yang aku miliki?
maybe.

malangkan gadis seperti aku?
tersangat!

aku sejak kecil pernah terfikir, yang aku si gadis malang yang mungkin akan berkahwin dengan lelaki yang aku tak pernah terfikir atau ingin menyintai dia pun.

sebab aku sejak kecil telah mengajar cinta tidak seindah yang diimpikan.
dan ya! aku sendiri sentiasa menonton cerita si gadis tidak pernah dapat berkahwin dengan lelaki yang dia cintai.

aku menangis depan dia. dia tanya kenapa. kelu lidah aku ungkapkan. dia hanya mampu mengeluh berat.

jika benar yang aku tidak dapat berkahwin dengan lelaki yang aku cintai. aku redha. aku pasrah. aku terima saja jodoh ini. kerna aku tidak mahu menampakkan yang aku terlalu desperate.

hinggakan aku bawa buku jika aku tidak mampu meluahkan apa yang aku fikirkan pada dia. jujur! kasihan pada dia. tidak mungkin terasa yang dia useless. sebab tak boleh buat apa-apa jika aku hanya mendiamkan diri.

kekadang aku ingin beritahu dia yang andai kita tak dapat bersama, aku mahu dia tabah. aku mahu dia terus menyintai isteri dia dan berhenti menyintai aku. tapi mampukah aku berhenti menyintai dia?

entah.

gadis malang seperti aku mungkin tidak akan dapat bersama dengan lelaki yang aku cintai. tapi mungkin aku akan bersama dengan lelaki yang menyintai aku.

ya. menyintai aku sepenuh jiwanya. pasti? aku pasti. asalkan aku bahagia. cukup.

awak, andai benar saya gadis malang itu, doakan kebahagiaan saya. jangan lupa.

❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤

0 cinta utkku:

Usagi Sailor Moon - Link Select