Saturday, February 18, 2012

... terima dan pergi ...

susah menjadi orang lain. menerima orang yang kita tak cinta.
siapa cakap susah menerima orang kita tak cinta?
memang susah. lagi kita cube dekati, lagi susah kan?

suatu ketika dahulu, aku pernah menerima cinta yang aku tak tahu kebahagiaannya sampai bila.
serius. aku ambil cinta itu tanpa aku ketahui risikonya.
kerna aku sangka bahagia itu panjang.

bila aku terima. lain yang jadi.
derita datang tanpa di pinta dan tidak mahu mengundur diri.

menangis peneman setia. amat setia.

bila derita tidak mahu pergi. sahabat pula hulur kebahagiaan.
takut-takut aku mahu menerima. sungguh pun aku rindukan kebahagiaan itu.
aku rindu akan diri aku yang ketawa sentiasa. yang sentiasa yakin dan bersemangat.
sungguh aku rindukan diri aku yang montel.

cinta.
dari dahulu aku kenal cinta. aku tak pernah gemuk. pernah sekali. kerna aku tak mahu menangis waktu kerja. maka aku makan untuk hilangkan menangis.
serius.

sahabat yang aku sayang. aku tiada teman lelaki tapi sahabat. aku gemuk sekali kerna bahagia dengan sahabat aku. sungguh bahagia.

tapi itu semua dulu. kekurusan aku menunjukkn penderitaan hidup aku.
sampai bila aku mahu terus begini? aku sendiri mahu jejak ke alam bahagia. yang amat bahagia.
sungguh.

aku tinggalkan sahabat kerna cinta,cinta yang tidak memberikan apa-apa. aku sangka cinta itu manis, tapi cinta hanya bagi derita.

sekarang.

aku tinggalkan cinta demi sahabat yang telah lama menghulur kebahagiaan yang dia sendiri tak pasti tapi cuba untuk tidak membuat aku menangis.

aku terima sahabat.
tapi
aku pergi meninggalkan cinta.

❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤

0 cinta utkku:

Usagi Sailor Moon - Link Select