Tuesday, January 10, 2012

✖ masa bukan milik aku ✖

beli masa. aku rasa situasi ini popular di zaman merekan yang tengah hangat-hangat bercinta. sungguh sungguh romantik. sungguh "sweet". dan akan diingati.

tapi tidak seperti aku.

bila aku mahu beli masa dia, tiada. bukan untuk dijual. aku diam. aku cuma mahu buat keadaan kita seperti mereka yang hangat bercinta. tapi ternyata tidak. tiada sedikit pun untuk aku. aku faham.

air mata gugur lagi.

teringin aku buat sedemikian. mesti seronok. mesti seperti yang diimpikan. mesti kenangan terindah.

tidak bagi aku. hanya mimpi ngeri. hanya mimpi buaian syaitan.

betul kata dia. masa bukan milik aku seorang. ia patut dikongsi.

bukan apa. aku hanya mahu beli masa dia untuk kami kongsi cerita. untuk kami gelak bersama. untuk mencari keserasian bersama. hanya itu pinta aku. hanya itu aku perlukan.

tapi semua itu tidak mungkin aku akan dapat miliki. kerna masa bukan milik aku.

hati, sabarlah. tabahlah. redhalah apa yang terjadi. semuanya sudah ditakdirkan. tiada guna jika ditangisi. tiada guna. semuanya tiada makna. masa itu sampai bila-bila pun bukan milik aku.



❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤

0 cinta utkku:

Usagi Sailor Moon - Link Select