Tuesday, November 22, 2011

✖ Nadi aku ✖

aku hela nafas.
aku hembus nafas.

tapi

bolehkah aku tahan nafas aku?
aku tidak mahu udara itu keluar dari jantung dan hati aku.
aku mahu ia sentiasa di dalamnya.

mana mungkin sebegitu.
yang mungkin jika sebegitu adalah mati.

sempurnanya cinta yang diberi seperti udara yang aku hela.
sakitnya cinta diberi seperti udara yang dihembus sewaktu selepas kita berlari.
penat bukan?

aku sayangkan dia seperti nadi aku.
jantung aku ini hanya dia saja yang boleh mengawal.
tiada lain
hanya dia.

tapi sayang, aku tahu aku bukan nadi dia. dia masih boleh berdiri utuh tanpa aku.
tanpa sedikit cela pun.
hebat kan?
tapi hati dia yang remuk siapa yang tahu kan?

andai dia bukan milik aku pun.
aku akan mencari nadi yang sememangnya untuk aku.
akan ada nadi untuk aku.
untuk aku meneruskan kehidupan.

akan ada. dan aku akan terus menunggu,

❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤

0 cinta utkku:

Usagi Sailor Moon - Link Select