Wednesday, November 9, 2011

✖ ego itu kembali ✖

*waktu aku mahu bikin ayat ini masa aku di opis. nasib bos aku tidak perasan. nasib jugak air mata tidak menitik.tiada apa. cuma aku perlu luahkan.*

wahai ego,
kenapa kau datang?

wahai ego,
apa tujuan kau muncul semula?

wahai hati,
kenapa kau panggil ego kembali?

wahai akal, bantulah aku.
aku buntu.
aku kelemasan.

wahai jiwa,
marilah kita memperbanyakkan mengucap.
dengan harapan, syaitan tidak terus menusuk jiwa.

wahai ego,
setelah lama aku tinggalkan kau, kau muncul kembali.
untuk apa?

semua pahit, manis, masam dan masin yang aku telan seorang tanpa berkongsi dengan siapa-siapa pun.
mungkinkah kerana aku terlalu pendam semua hinggakan ego pun kembali?

kenapa pelu ada ego saat jiwa dan hati merana dan derita?

hati kata, kau cintakan dia.
ego melawan, tidak! kau tidak cintakan dia. dia bukan untuk kau.

luahan ego.
lupakah kau tentang penderitaan hati kau selama ini?
lupakah kau betapa terseksanya kau tanggung semua keegoannya?
lupakah kau yang dia sedikit pun tidak pernah ambil peduli tentang kau?
lupakah kau yang tiada satu pun dia sanggup lakukan demi kau?
lupakah kau yang dia sememangnya tidak cintakan kau?

terpana. tersungkur. terbaring di atas tanah.
memang ada benarnya kata-kata ego.
memang ada benarnya.

saat itu hingga kini,
aku membiarkan 1000 soalan dalam hati dan akal aku.
aku membiarkan ia tergantung tidak bertali.
tiada jawapan.

biarlah. aku malas mahu mencari jawapan itu.
semuanya tidak berguna untuk aku lagi.

biarlah TUHAN yang membantu aku mencari jawapan itu.
InsyaAllah semuanya pasti akan terjawap.
ya. aku yakin, pasti akan terjawap.

ego, mari kita pergi.
urusanmu telah selesai.

hati, berhentilah menyintai dia.
akal, berhentilah memikirkan dia.

tapi

dan

❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤

0 cinta utkku:

Usagi Sailor Moon - Link Select