Sunday, October 23, 2011

✖ rasa itu kembali lagi ✖

masa memang boleh mengubahkan seseorang. ah! aku cemburukan masa itu. sudahlah sungguh pantas. lepas itu buat semua manusia mahu mengejarnya. aaaaaaaaa! sungguh cemburu aku!

tapi masa tidak kenal sayang. masa tidak pernah hargai apa yang berlaku. seperti itulah bila manusia lupa akan orang disekeliling mereka. aduh! peduh rasa dihati ini.

dahulu aku pernah kena perasaan ini. menanti bukan sukar untuk aku. tapi sikap kamu yang seperti manusia yang lupa akan kehadiran aku yang telah menyentap hati aku.

rasa seperti bila mahu, kau kutip. bila tidak, kau biarkan di tepi sampah. teruk kah? atau kejam?

nak tahu tak? aku sungguh jarang minta pertolongan kau kebelangan ini. aku waktu itu dalam kesedihan dan ingin luahkan pada kau. tapi kau sibuk. kau dengan adik kau. aku takut nak ganggu. aku takut nak luahkan. maka aku pendam semua dalam hati aku. menangis dalam hati. hanya bantal menemani.

bukan esoknya aku tidak mahu menceritakan semula. tapi buat apa? kejadian semua sudah lepas. jika aku cerita seperti aku mengungkit dan aku akan menangis lagi. cukuplah aku menangis semalaman. cukuplah.

aku tahu, tanpa aku kau bahagia. kau masih utuh berdiri. dan tiada alasan boleh aku berikan untuk tidak meninggalkan kau. 

tidak aku sangka aku akan kehilangan mereka yang aku sayang. kenapa kejadian ini terjadi pada aku? apa dosa aku hinggakan nasib aku begini?

mungkin semua ini ada sebab, tidak mengapalah. aku harap aku tabah menghadapi semua. 

walaupun perasaan itu kembali lagi untuk berulang kalinya.



❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤

0 cinta utkku:

Usagi Sailor Moon - Link Select