Tuesday, September 20, 2011

✖ musnah semua ✖

aku ada impian. Iaitu mengahwini kaum Adam yang aku cintai dan yang aku ingin melengkapi tulung rusuk dia.
Tapi halangan demi halangan datang. Mulanya aku tabah, tapi bila halangan keluarga muncul. Maka aku terpaksa mengundur diri. Aku terpaksa. Demi dia dan keluarga.

Andai semua ini tidak terjadi. Sudah terang-terangan aku mahu ada ikatan dengan dia di tahun akan datang. Tapi aku terpaksa mematikan semua dan lebur semua angan-angan itu.

Aku sukar untuk mencintai kaum Adam. Tapi bila aku sudah membuka hati sekali. Sampai mati pun hati aku hanya untuk dia. Tapi Tuhan mahu aku sedar yang cintakan seseorang hanya kerana Tuhan. Bukan kerna dia yang terhebat.

Kali ini aku akur. Andai ada cinta untuk aku. Akan aku cintakan dia demi Tuhan. Kerana Tuhan telah menemukan aku jodoh yang terbaik. Dan aku bersyukur dengan apa yang aku dapat.

Buat masa sekarang, aku mahu menyendiri. Semua yang berlaku telah pun berlaku dan aku terima semua ini dengan redha. walaupun hati tidak ikhlas pada mulanya. tapi hati akan ikhlas bila aku degil mahu hati ikhlas.

walaupun aku masih tertanya-tanya keadaan dia. kerna aku rindu akan dia. tapi aku tahu, dia tidak akan berpaling pada aku lagi sekali. kerna hati dia terluka hebat. dan aku terima semua kesalahan aku.

musnah semua. terpaksalah aku mencari dunia baru untuk memantapkan hidup aku. dan terpaksalah aku menjalani hidup tanpa dia di sisi aku. tapi aku sentiasa anggap dia masih menyanyangi aku.

apakah? aku sudah gila. maaf.


❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤

0 cinta utkku:

Usagi Sailor Moon - Link Select