Tuesday, August 30, 2011

✖ Sebelum ini kita tak pernah raya bersama ✖

suatu petang di bulan puasa. saat menanti waktu berbuka, aku menelefon kau. bertanya tentang raya bakal tiba. bertanya tentang rancangan di hari raya kita. senyum. gembira. walaupun hanya berdua. tapi bahagia.

tiba-tiba kau retakkan hati aku dengan kata-kata kau. "sebelum ini kita tak pernah raya bersama kan?"
aku? kelu. membisu. hati bagaikan ditusuk pilu pedih. jiwa menangis. akal terdiam. aku mengigit bibir. ingin menjawap tapi tidak tahu apa. maka aku terus matikan talian.

menangis. tapi tak mampu. meraung tapi untuk apa?
mungkin memang benar sangkaan aku. kau tidak pernah mencintai aku. mungkin tahun-tahun lepas kita ada keluar beraya bersama. walaupun hanya dua buah rumah tapi ia masih bukan beraya bersama kan?

aku tidak mungkin melupakan ayat ini. tidak tahu sampai bila aku mampu berdendam. sakitnya hati aku kau buat aku tergedik sendirian. seperti aku saja yang terkejar-kejarkan kau. seperti aku saja yang beriya-iya mahu beraya dengan kau.

sudahlah. aku tidak mampu lagi. setiap kali kau menelefon aku. aku cuba berbaik dengan kau. aku cuba bercakap lembut seperti pasangan kekasih yang lain. aku cuba. tapi aku tidak mampu melindung hati itu. aku tak mampu. awan hati aku terlalu nipis. bila-bila saja hujan akan turun membasahi pipi aku.

andai kau nak datang beraya, datanglah. dan pulanglah selepas habis menetap di rumah ini. aku tidak mahu beraya dengan kau. tidak seperti tahun-tahun lepas. kerna kau cakap kita tidak pernah beraya bersama.

soalan: tahun-tahun lepas aku beraya dengan siapa? baju warna sama. sedih hati ini. awak tak tahu kan?


❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤

0 cinta utkku:

Usagi Sailor Moon - Link Select