Thursday, August 18, 2011

✖ ingin dimiliki ✖

sekuntum bunga ros merah kau hadiahkan pada aku saat perkenalan pertama kita. aku senyum. aku suka. hati melonjak gembira.

kau berikan aku patung kecil dan ikat di telefon bimbit aku. comel patung itu. kau senyum. dan aku tersipu malu.

kau kata, kau suka berkawan dengan aku kerna aku melengkapkan hidup kau. aku senyum tersipu malu.

di saat aku sudah tidak boleh simpan perasaan cinta ini, aku luahkan pada kau yang aku amat menyintai kau. kau kelu. kau terpana dan kau lari. aku remuk di hati

suatu hari kau menghilang. aku cuba mencari kau tapi tidak jumpa. aku terpana. aku menangis. aku sepi.

aku cuba jalani hidup aku tanpa kau. aku cuba melupakan kau. aku cuba bernafas tanpa kau.

tiba-tiba kau muncul. kau memegang tangan aku. mata kau merah. kau berikan aku sekuntum bunga merah. kau senyum. kau kata, kau mahu miliki cinta aku. aku menangis tapi senyum.

bunga ros merah ada di atas katil kita. selepas Isyak tadi kau baru sahaja selesai melafazkan akad nikah di majlis kita. kau senyum puas. dan aku malu dan diam.

dalam pelukanmu, aku bertanya, kenapa kau lari dari aku masa hari aku meluahkan perasaan aku? dengan nafas berat kau jawap, kau lari sebab aku terlalu sempurna untuk kau, dan kau tidak layak menerima cinta aku yang sungguh hebat. tapi sejauh mana pun kau lari, kau sentiasa mengingat pada aku. sebab itu kau pulang untuk miliki cinta aku sebelum kau menyesal.

mata aku merah. tanpa sedar, pipi aku basah. dan kau sapu air mata aku dan kucup dahi aku.

di pagi harinya seusai solat Subuh dan kau menjadi imam aku dalam solat itu, aku bersiap ingin menyediakan sarapan kau. tapi belum sempat aku bangun dari katil, kau menarik tangan aku dan berikan aku sekuntum bunga putih yang segar. di fikiran aku pelik dari mana suami aku mendapat bunga yang masih segar ini.

sambil menghulurkan bunga kau kata, cinta kau pada aku tidak akan pupus hingga nafas kau yang terakhir. sekali lagi air mata aku gugur. sunggguh suci cinta kita ini. sungguh murni.

wahai suami ku,
andai benar cinta ini cinta pertama dan terakhir aku.
tunggulah aku di syurga.
kerna aku harap cinta ini cinta abadi.
hanya kau suamiku di  dunia dan akhirat.

*qku belum kahwin. tapi teringin cinta yang seindah ini. I wish!*
❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤

0 cinta utkku:

Usagi Sailor Moon - Link Select