Monday, April 25, 2011

✖ tanpa mereka ✖

Langit menangis saat mentari hampir pulang..
Saat itu, aku ternampak kedua-dua orang tuaku sedang membawa rezeki mereka dengan penuh berhati-hati..
Aku melihat dan terdetik jiwa aku yang hampir membuat mata aku basah..

Aku berasa sayu melihat mereka dibasahi oleh rahmat Tuhan..
Baru aku sedar betapa sukarnya mereka membesarkan kami..
Melaut jiwa ini memandang mereka hinggakan aku tidak mampu memandang lama-lama..

Bukan senang mencari rezeki..
Bukan senang membesarkan kami..
Bukan senang ingin memberi yang terbaik untuk kami..

Aku tahu bapa aku bukan seorang saudagar kaya..
Aku tahu mama aku bukan wanita korporat..
Tapi seadanya mereka,sudah cukup bagi aku..

Teringat aku masa kecil,
Mereka cuba memenuhi permintaan gedik aku..
Teringat juga waktu itu,
Mereka cuba pujuk aku kerna kedegilan aku..

Kini…
Aku cuba sebaik mungkin membalas jasa mereka.
Duitan bukan caranya…

Tapi…
Doa dan kasih sayang hanya untuk mereka..
Mereka ibu bapa ku..

Love them because Allah SWT.
Love them because I'm proud to be their daughter.


❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤

0 cinta utkku:

Usagi Sailor Moon - Link Select