Thursday, October 3, 2019

... sedeh nyaaaa ...

0 cinta utkku
sedehnya tak bole nak restock. aku ni kan one of super agent tapi kan sedeh sbb tak bole restock. hrp sgt BE tu tak habis bila ak nak beli gak. hmmmm

Allahu. sedehnya hati ni, tula ritu kena rompak dok harapkan benefit dari Allah. padahal hati tu tak pernah nak mendekatkan diri kat Allah. sekarang ni bile Allah buat diri ni menjadi tunduk setunduk tunduknya baru terhegeh hegeh nak berubah. Allahu.

takpa. ada rezeki ada sabar. esok stock sampai aje.kite boost kaw kaw punya. laki aku nanti hp die aku buat iklan lagi kt bumbum.halea tu. tak kire!!!

kipidap yoo. dont gibap yaa!



❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤

Tuesday, July 23, 2019

... rezeki itu milik Allah swt ...

0 cinta utkku
setelah kejadian tu memang rezeki banyak. syukur Alhamdulillah tapi dia tak panjang.
adakah aku tak bersyukur atau aku kufur?

sedih nya.

join segala contest xde yang menang lagi ni. wehh macam mana nih.
aku nak join TCE utk memang baby carseat. utk mawar. harap ada rezeki. aminn


❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤

Wednesday, January 23, 2019

... Surat untuk Mak Mentua Ku ...

0 cinta utkku
Assalamualaikum Mak,

setahun dah Mak tinggalkan anak anak dan menantu menantu Mak. dan juga abah. sekejap nye masa berlalu ye Mak.
Mak pergi Umrah dan pergi tak balik balik lagi.

syukur Mak ditempatkan di tanah suci. masa tengok gambar Mak pejam mata tu. Mak macam tidur tau.
tidur yang tak akan sedar selamanya.

Mak,

pada 20haribulan januari 2019, ada buat kenduri tahlil untuk Mak dan aqiqah untuk cucu cucu Mak.
Mak tau tak angah dah ada anak? comel anak dia Mak. kteorg panggil budak bando. hehe. sebab lahir kat hospital shah alam. hehe.

tak la guro aje tu Mak.

Mak,

Mak tak sempat bermain dengan Mawar. Mak tau tak selalu kan Eddy cakap Mawar tak sempat kenal Nenek dia.
mengalir air mata dalam hati ni Mak.

Mak,
doakan la anak anak Mak bersatu hati. sekarang tinggal Abah aja. harap mereka tak sakitkan hati Abah. Mak doa kan ye Mak.

kami semua rindu Mak.

masa kenduri ada orang cakap, kenduri tak sama sejak Mak tak ada. Mak lah orang yang sebok bila kenduri. sampai semua marah Mak suruh rehat. tapi Mak taknak. sebab Mak tak sanggup tengok rumah berselerak. hehe. dah kemas pun Mak tetap macam tak puas. hehe.

Mak, doakan kami ye Mak. kami sentiasa rindu Mak.

Nana pun tiap kali balik kampung mesti harap Mak ada di muka pintu tu. yang semua berita itu palsu. tapi ia benar kan.

maaf kan nana Mak. nana ada sifat "denial".
sifat yang sukar untuk terima hakikat.

maafkan Nana Mak.

Mak, Mawar boolat tau. comel aje muka dia. innocent sangat.

Mak,
rehat lah Mak. biar anak anak Mak jaga Abah dan Nurul lak.

Al-Fatihah untuk Mak, Hamidah binti Hamid.


❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Usagi Sailor Moon - Link Select