Tuesday, August 28, 2012

✖ mencintai dia yang tak mencintai aku ✖

0 cinta utkku
sesuatu yang agak mustahil untuk memiliki hati seseorang yang tidak mungkin menjadi milik kita.

sila bernafas.

mainan perasaan. betul kata orang. itu hanya mainan perasaan. sedangkan bila kita sudah kahwin pun kita pasti ada terdetik sedikit. mungkin usikan syaitan yang mahu memisahkan aku dengan ZJ.

kerana aku dengan ZJ sudah membuat perancangan untuk berkahwin suatu hari nanti dalam waktu yang terdekat.

tapi aku tak faham kenapa aku tak merasakan dia jodoh aku walaupun aku mencintai dia.

tapi aku merasa seperti aku mencintai orang lain dan mengharap jodoh aku dengan dia panjang.

dan

memang betul mainan syaitan ini hebat kan. sangat hebat.

sukar untuk mensetiakan perasaan ini kan.

aku tidak tahu sama ada dia itu mempunyai perasaan yang sama seperti aku ataupun aku hanya bertepuk sebelah tangan.

walaupun dunia makin maju tapi hati dan perasaan tidak pernah maju.

sentiasa bermain tarik tali dengan empunya badan.

ahh! satu bisa yang boleh membawa maut.

antara maut bunuh diri atau pun tekanan jiwa dan akal.

tapi ia tetap bahaya.

aku mencintai dia. tapi aku malu.

❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Usagi Sailor Moon - Link Select