Sunday, May 27, 2012

... malang itu aku ...

0 cinta utkku
mood: not in good ad all.

pernahkah terfikir yang diri ini seorang gadis yang malang?
aku selalu terfikir bila aku bersama dengan dia.
always.

atau aku sebenarnya tidak bersyukur dengan apa yang aku miliki?
maybe.

malangkan gadis seperti aku?
tersangat!

aku sejak kecil pernah terfikir, yang aku si gadis malang yang mungkin akan berkahwin dengan lelaki yang aku tak pernah terfikir atau ingin menyintai dia pun.

sebab aku sejak kecil telah mengajar cinta tidak seindah yang diimpikan.
dan ya! aku sendiri sentiasa menonton cerita si gadis tidak pernah dapat berkahwin dengan lelaki yang dia cintai.

aku menangis depan dia. dia tanya kenapa. kelu lidah aku ungkapkan. dia hanya mampu mengeluh berat.

jika benar yang aku tidak dapat berkahwin dengan lelaki yang aku cintai. aku redha. aku pasrah. aku terima saja jodoh ini. kerna aku tidak mahu menampakkan yang aku terlalu desperate.

hinggakan aku bawa buku jika aku tidak mampu meluahkan apa yang aku fikirkan pada dia. jujur! kasihan pada dia. tidak mungkin terasa yang dia useless. sebab tak boleh buat apa-apa jika aku hanya mendiamkan diri.

kekadang aku ingin beritahu dia yang andai kita tak dapat bersama, aku mahu dia tabah. aku mahu dia terus menyintai isteri dia dan berhenti menyintai aku. tapi mampukah aku berhenti menyintai dia?

entah.

gadis malang seperti aku mungkin tidak akan dapat bersama dengan lelaki yang aku cintai. tapi mungkin aku akan bersama dengan lelaki yang menyintai aku.

ya. menyintai aku sepenuh jiwanya. pasti? aku pasti. asalkan aku bahagia. cukup.

awak, andai benar saya gadis malang itu, doakan kebahagiaan saya. jangan lupa.

❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤

Thursday, May 24, 2012

... tak tahu ...

0 cinta utkku
perasaan itu.
aku tak tahu macam mana mahu menceritakan.
tapi ia kosong.

aku masih mahu menghubungi dia.
aku masih mahu bergaduh dengan dia.
tapi aku tak mahu berjumpa dengan dia.

sebab hati aku kosong.

aku tak mahu berkahwin dengan dia.
tapi aku mahu hati dia disakiti.
aku mahu dia rasa sakit seperti mana aku sakit hati dengan dia.

kejamkah?
atau sadis?

aku mahu dunia ini adil.
menghukum dia sebanyak dua kali ganda disakiti.

tapi layakkah aku menghukum dia?

jiwa ini meronta-ronta.
disiat-siat sedikit demi sedikit.
sakit hinggakan aku tak mampu untuk menangis lagi.

aku kecewa.
tapi aku tak mampu untuk mengalirkan air mata.
kenapa?

aku tak tahu kenapa.
aku hanya mampu pendam sahaja.
simpan perasaan ini hingga ia membusuk di dalam peti hati.

ya. busuk. bau bangkai.

terukkah?

aku cuba tutup pintu hati aku.
tapi kau mengetuknya berkali-kali.
bila kau berjaya masuk.
kau hapuskan semua barang yang aku sayang.
dan setelah kau puas musnahkan semua.
kau pergi tinggalkan aku.

aku?
kaku.
terpana.
tercenggang.

tak sangka aku kau rupanya pemusnah.
menyesal aku kenal kau.
menyesal.

jangan kau pinta untuk berbaik semula dengan aku!
kerna dalam hati aku tiada ruang untuk kau!

..: Nana :..

... masa ....

0 cinta utkku

masa tidak akan dapat diundur sampai bila-bila pun.

sebab itulah as human kita kena kejar masa.

sebab masa tidak akan toleh kebelakang.

tapi

masa menghargai setiap detik yang berlaku.

 

kadang kala aku harap aku boleh menjadi masa.

tidak pandang belakang.

jatuh seribu kali pun tetap teguh berjalan.

 

andai aku menjadi masa.

pasti ramai akan hargai aku.

anggap aku adalah paling penting dalam hidup mereka.

 

Cuma masa sentiasa lupa masa lalu.

ya.

masa tidak akan mengingati benda yang telah berlaku.

sesaat pun dia tidak akan ingat.

masa Cuma ingat masa hadapan.

apa yang bakal berlaku.

apa yang bakal terjadi.

 

menjadi masa kekadang kita akan menjadi seperti manusia yang tiada perasaan.

kadang kala leka memikirkan masa depan hinggakan lupa apa yang sedang berlaku.

 

masa oh masa.

kau tidak akan dapat diundurkan mahu pun dalam sesaat.

 

andai kita seiring, belum tentu kita boleh jadi sahabat.

kerna kau bergerak sendirian.

kau tidak perlukan teman.

kau tidak perlu mencari kawan.

kau boleh berjalan tanpa siapa-siapa pun.

 

 

 

..: Nana :..

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- This email and any files transmitted with it are confidential and intended solely for the use of the individual or entity to whom they are addressed. If you receive this email in error, please delete the same and notify the sender. --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sunday, May 20, 2012

... milik kita ...

0 cinta utkku
-milik kita-

Kita selalu lupa diri kita bila sudah dapat apa yg dimiliki..
Sebab kenapa??
Sebab manusia adalah makhluk yang tidak pernah kenang budi..
Dan tidak dinafikan aku jua tergolong dalam kategori itu..
Manusia juga slelau leka dan alpa..
Leka dengan keindahan dan kemewahan dunia
Dunia ini hanyalah godaan untuk membuktikan betapa jauhkah keimanan kita..
Tapi…
Manusia tidak pernah sedar akan hal ini..
Oleh sebab itu…
Janganlah sangka semua yang kita ada sekarang adalah milik kita..
Cinta…
Kasih sayang…
Malah rumah yang kita bayar bulanan juga bukan milik kita…
Sesungguhnya ia milik yang Maha Esa..
Kita hanya menumpang sahaja…
Mustahil untuk mangatakan yang semua benda milik kita..
Kerana semua milik kita..
Milik Tuhan...

❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤

... mampukah ...

0 cinta utkku
mampukah aku?

terpana aku melihat angin bertiup kencang...
memukau aku untuk terus berdiri tegak..
tidak toleh belakang...
dan tidak memandang kiri dan kanan..
melihat taufan bakal menerpa pintu hati aku..
aku diam..
ingin aku menghalau taufan itu..
makin ia besar dan menghampiri..
oh hati..
ckup la kau memperdayakan aku...
taufan itu hanya mainan kau sahaja kan..
tp...
jika btl la semua nini berlaku..
aku tidak pasti sama ada aku mampu utk terus berdiri...
atau aku akan tersungkur cium bumi..
soalan...
mampukah aku?

❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤

... beza ...

0 cinta utkku
kehidupan berbeza....

dunia kita memang berbeza..kau tahu kenapa???kerna kite mempunyai kehidupan masing-masing yang perlu dilaksanakan...tapi hinggakan kita terlupa akan orang yang kita sayang kan..kau mempersendakan dia...dan kau tertawakan kehidupan dia...sungguh tidak adil kan???walaupun hidup kau sempurna tanpa aku...tapi kenapa kau masih mahu disamping aku??kenapa kau tidak tinggalkan aku sahaja???

soalan aku mahu tanya pada kau....kenapa kau perlukan aku??kenapa kau tidak tinggalkan aku sahaja??kenapa kau masih berdiri sebelah aku sambil memegang tangan aku tapi kau tidak memandang muka aku..apakah kehidupan aku ini begitu jelek hinggakan kau tidak mahu melihat nya??

dan walaupun aku sakit hati dengan sikap kau yang masih mengangap aku patung tidur mu atau seperti mayat hidup...aku tidak kisah kerna selagi aku mampu bernafas sebelah kau..selagi itu aku mendiamkan diri...tp ingat lah satu benda...bila aku sudah terduduk..janganlah kau sesekali sentuh aku atau bercakap atau memandang aku...tinggalkan la aku sesenyap angin meniup bayu..

❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤

... keangkuhan dan kebanggaan diri ...

0 cinta utkku
keangkuhan dan kebanggan diri~

aku benci dia...
aku makin benci dia..

angkuh nya die dgn diri die..
org yg selalu anggp diri die sempurn tp sbnr nye tidak..
tidak boleh menerima kekalahan..
hanya ingin kn kemenangan..

soalan..
sampai bila ingin menjadi nombor 1??
sedangkan cuaca jua ada hujan nya..
tdak mungkin panas smpai ke malam...

owh...
sungguh arjuna...
memg tiap apa yg dilakukan..
ada balasan..
sungguh menyedihkan dunia dia..

tp...
aku hanya mampu melihat..
kerna tiada guna utk aku berkata2..
kau tidak akan dgr bukan..

jd..
aku hnye mampu melihat kau...
dgn dunia kau..
kata2 kau..
xkn mampu melumpuh kn ht aku..

❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤

... andai dunia ini milik aku...

0 cinta utkku
andai dunia ini milik aku...

kan indah andai dunia ini milik aku..
sungguh mempesonakan...
pasti tidak akan pandag belakang...

ingin ku buat semua yg aku ingin kan..
pergi bercuti dgn org tersyg..
pergi kemna shje tnpe perlu risau sesat..
membeli semua yg diingini..

keje dgn syarikat yg mahu shje..
atau..
membuka perniagaan sndri..

berkahwin dgn artis pilhan atau
jejaka yg kacak..
milik rmh sndri...

dan tidak lupe..
mempunyai kenderaan sndri..

sungguh2 indah kan..

tapi...

ingat lah wahai manusia..
dunia ini bukan milik kite,.

tp milik Allah...

dan aku sbg hamba dia..
hanya mampu membuat yg termampu dan terbaik..

tp..
yg menjdi milik aku adalah
ketawa..
senyuman..
sedih..
menangis..
dan sepi...

hati ini kosong..
suram..
hanya mampu termenung..
mengenang kan nasib yg malang itu..

mampukah aku bertahan dgn dunia aku skrg...
kadang kala aku penat dgn dunia aku skrg..
aku rasa spt mahu melarikan dri..

tp aku tahu..
kemana shje aku pergi..
dunia ini xkn tgglkan aku melainkn..
aku meningglkn dunia ini slamanya..

owh....
andai dunia ini milik aku...

❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤

... akal dan hati ...

0 cinta utkku
akal dan hati..

perang antara kau dan aku..
siapa akan kalah dan siapa akan menang..
kau atau aku??

diam...
siapa yg akan mendiamkan diri selame 8 jm..
kau atau aku?

bakat...
siapa yg mempunyai bakat yang mendalam..
kau atau aku..

kau dan aku adalah sama..
aku adalah diri kau..
kau adalh diri aku..

melihat kau menangis..
aku juga menangis..
melihat kau gembira..
aku juga gembira..

kita adalah kembar...
kongsi semua bersama..

sakit,kecwa,takut dan sebagai nya..

tapi 1 yg aku tertanya2 smpai skrg...
knp kau tidak faham aku..
dan
knp aku tida boleh faham kau...

kau hati..
aku akal..
kite selalu bertentangan..
aku memberi idea yg bernas..
tp kau...
memberi kasih syg yg tidak mati smpai bila2..

aku rindukan kau hati..
knp kau mendiamkan dri..
aku kebuntuan tnpa kau..
dtg la pada aku hati..
pulang la syg..

kerna bila kite bersatu..
hasil 1 ciptaan tidak dilupai..

❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤

-suami yg memahami atau ... -

0 cinta utkku
assalamualaikum.

ramai manusia ingin suami yang memahami dan sempurna. yang melengkapi seperti Nabi Muhammad SAW kita.
hahaha! siapa yang tak mahu kan?tipu la kalau aku cakap aku tak mahu.

memang susah nak cari suami yang seperti itu. mungkin satu dalam sejuta. mungkin 2 dalam berjuta-juta. kalau asyik nak yang macam tuh aje. tak kawen lah alamatnye.

suami. ya suami adalah seorang lelaki. yang akan melengkapi hidup wanita. eh. wanita yang akan meleangkapi hidup lelaki. papepun they complete each other.

memang lah seorang suami itu perlu pandai solat, mengaji, bekerja. itu memang pakej.
tapi aku mahu suami yang sanggup dengar masalah aku hari-hari. dengar dengan teliti walaupun akhir cerita aku tidak minta pendapat dia.

susah sangat ke mendengar masalah?
aku kadang-kadang suka menceritakan masalah aku saja. bukan minta pendapat pon. tak perlu! lagi-lagi bila aku cakap, "awak, saya ada masalah." then perlu cakap, "ceritalah."

then time aku tengah potpet potpet tuh. dia akan cakap, "sabarlah. mungkin dugaan dari Allah SWT mahu menguji kita. sabar ajelah."

YESS! thats what i need. itu aje. sebab bila cakap pasal famili. tak perlu otak lain untuk setelkan. hanya mendengar aje.

but when aku cakap, "awak, saya ada masalah.cmne nk setelkan?"
maksudnya, akhir cerita die perlu bagi pandangan dan pendapat yang bernas dan logik. YA! perlu! sangat perlu pendapat itu untuk bantu aku elak pening.

tapi biasanya aku ni jarang mintak pendapat. sebab aku suka fikir sendiri. sangat suka. aku suka wat otak aku penin.pastuh aku menangis. hahaha! sangat seronok berbuat demikian. best!

pernah kekasih aku marahkan aku kerna terlalu fikirkan masalah dan suka pendam. sebab bila aku ada masalah, dan bila aku malas nak menceritakan kejadian itu, aku akan menangis dalam telefon. dia hanya mampu diam. sebab sudah berpuluh-puluh kali dia tanya kenapa. terang-terang aku akan cakap, tiada pape pun.

susah untuk menjadi suami aku yang peka. sebab perempuan ini merumitkan. tapi perempuan sebenarnya bagi hint yang simple aje. cuma lelaki malas nak fikirkan sangat benda yang remeh temeh ini. SANGAT!

entah la. tapi aku tahu tiada lelaki yang aku ingin kan ini. kalau ada pon mungkin sudah menjadi suami orang. hahahha! kempunan ajelah.

tapi aku tahu. Allah tahu pasangan yang seperti manakah yang amat seswai berada di sisi kita hingga akhir hayat kita. ayuh mencari!!hahha!

oh! sudah seusia aku. pasti malas nak mencari kan?kuikuikui~~
❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤

✖ rindu ✖

0 cinta utkku
mungkinkah itu perasaan biasa? atau sememangnya bukan satu kebiasaan.
aku rindukan dia.
sunagguh aku sudah meludah, tidak mungkin aku mampu untuk menjilat semula bukan?

sedih. ya memang sedih.

tapi apa yang patut aku lakukan?
tiada apa kecuali mengaharapkan dia memahami aku.

sungguhpun aku tidak memahami dia tapi aku amat menyanyangi dia.
sungguh.

esok atau lusa akan berlaku perubahan yang baru.
akan muncul benda baru.
semuanya mungkin berubah.

awak, tidak rindukah awak pada diri ini?
sungguh tidak?

awak, saya tidak menyesal menyintai awak. tapi saya kecewa bila awak tidak menyintai saya setulus hati awak.

awak, andai dunia ini berhenti berputar, saya mahu menyatakan saya milik awak.
tapi tidak mungkin bukan kerna kita bukan suami isteri yang sah.

sungguh aku merindui saat kita kongsi ketawa dan sedih.

tapi awak tidak akan mengertikan?
sebab jodoh ini bukan milik kita.
saya bukan untuk awak. awak milik gadis lain.

awak, saya doakan kebahagiaan awak.
awak, sungguhpun saya cemburu pada gadis yang dapat milikmu sepenuhnya, tapi aku pasti tersenyum melihat mu. sungguh!

harap aku tidak menipu hati aku.
walaupun pahit aku telan, tapi demi melihat kau bahagia, aku redhakan.

aku pasrah?
mungkin.
aku redha?
mungkin.

sebaik-baik perancang adalah sebaik perancangNya.

awak, jodoh ini mungkin bukan milik kita.
saya doakan kebahagiaan awak.

meskipun hati ini merindui awak.
tapi sudah tiada guna.
kerna jodoh ini bukan milik kita.

saya tetap rindukan awak.

❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤

✖ bila april datang ✖

0 cinta utkku
ini bukanlah lagu Dr. Fazley kita.
tapi ini hanya penulisan aku.
tulisan ini khas buat kekasih baru aku.

Black,
sejak kau menjelma, aku rasa dirimu begitu berharga buat diri aku.

black,
sejak kau muncul dalam hidup aku, aku rasa kaulah nyawa aku.

black,
tidak akan ku benarkan sedikit cela pada mu.
oh tidak.

black,
dimana pun daku berada, kau tetap disisi aku.

black,
janganlah kau tinggalkan aku sendiri.
bila kau berjauhan, umpama mimpi aku tidak lena.
siang malam teringat akan dikau.
aku tidak jemu melihat kau.

oh black,
hanya kau sahaja dihati aku.
tiada lain.
tiada yang kedua.
hanya kau yang pertama dan yang terakhir.

walaupun dunia ini sudah tidak perlukan kau.
aku tidak akan lepaskan kau semudah itu.
aku tidak akan benarkan sesiapa pun ambil kau dari aku.
tidak sesekali.

harap, kita bersama black.
aku harap.

wang ringgit akan aku beri pada kau black.
hanya kau.

moga tiada manusia lain yang cemburu akan kita yang setia bersama.

oh black,
april ini akan aku jadikan kenangan kerna kemunculan kau.
bila april akan datang, kita raikan pertemuan kita bersama.

❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤

Monday, May 14, 2012

... masa itu kau tiba ...

0 cinta utkku

sukar untuk bernafas bila masalah datang tanpa dipinta sambil bermain tarik tali dengan kita. hinggakan kita jatuh tersungkur bila kita sudah penat menarik tali penyelesaian.

saat itu, aku terduduk menangis. tiba-tiba tangan kau menyentuh kepala aku sambil berkata, usah putus asa.
aku menatap wajah kau dengan muka yang basah. dengan menggunakan kain di belakang lengan aku lap air mata yang menitik keluar dari kelopak mata.

kau hulurkan tangan aku, aku sambut dengan tersenyum. nipis. tapi memuaskan hati. kau kata lagi, kita sama-sama tarik tali ini. dengan penuh semangat di jiwa, aku menarik tali itu.

dan akhirnya. aku menang. kemenangan ini aku sambut sambil memegang erat tangan kau. kau senyum puas. aku ketawa puas. masalah itu tersungkur dan hilang.

tapi jangan ingat tiada tali yang muncul. masih ada banyak tali masalah perlu ditarik untuk menyelesaikan masalah-masalah itu.

dengan penuh erat tangan aku kau gengam dan kata, ayuh! kita sama-sama menyelesaikannya. usah gentar dan usah gelabah, InsyaAllah. pasti semuanya selesai.

tiada bimbang dalam jiwa. tiada risau dalam hati. tiada serabut di akal.
hanya mampu berkata dalam hati, moga kau disisi aku selamanya.


❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤

... menanti yang tak pasti ...

0 cinta utkku
aku ada satu sifat yang aku gemar sejak dahulu lagi. "MENANTI YANG TAK PASTI". ya. itu sifat kegemaran aku sejak dahulu lagi. menderita tapi membahagiakan. sesungguhnya ia sangat membosankan.


aku gemar menjadi seperti ini.
menanti awan gelap untuk menurunkan hujan. walaupun awan itu hanya lalu sahaja.
menanti bintang Capricon di Malaysia, walaupun bintang itu hanya wujud di Kutub Utara.
menanti taugeh tumbuh, walaupun kacang hijau itu telah direbus.
menanti artis popular untuk mengahwini aku, walaupun artis sudah ada pilihan hati.


aku sentiasa menjadi pemegang tali yang sendirian. dengan harapan ada si pemegang tali yang sanggup pegang tali bersama-sama dengan aku. tapi, mereka hanya pegang seketika dan alihkan hujung tali itu saja moga ia tidak menghalang laluan.


menanti dan terus menanti. menderita dan terus menderita.

aku suka menjadi seorang penderita. kerna menderita amat membahagiakan.

dan menanti adalah sifat aku.

menanti dia yang sudi.
menanti dia yang terima aku seadanya.
menanti dia yang mengajar aku menjadi seorang wanita.
menanti dia yang mengajar aku tentang islam.

awak, saya menanti awak. walaupun tak pasti siapa awak.



❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Usagi Sailor Moon - Link Select