Tuesday, January 10, 2012

✖ masa bukan milik aku ✖

0 cinta utkku
beli masa. aku rasa situasi ini popular di zaman merekan yang tengah hangat-hangat bercinta. sungguh sungguh romantik. sungguh "sweet". dan akan diingati.

tapi tidak seperti aku.

bila aku mahu beli masa dia, tiada. bukan untuk dijual. aku diam. aku cuma mahu buat keadaan kita seperti mereka yang hangat bercinta. tapi ternyata tidak. tiada sedikit pun untuk aku. aku faham.

air mata gugur lagi.

teringin aku buat sedemikian. mesti seronok. mesti seperti yang diimpikan. mesti kenangan terindah.

tidak bagi aku. hanya mimpi ngeri. hanya mimpi buaian syaitan.

betul kata dia. masa bukan milik aku seorang. ia patut dikongsi.

bukan apa. aku hanya mahu beli masa dia untuk kami kongsi cerita. untuk kami gelak bersama. untuk mencari keserasian bersama. hanya itu pinta aku. hanya itu aku perlukan.

tapi semua itu tidak mungkin aku akan dapat miliki. kerna masa bukan milik aku.

hati, sabarlah. tabahlah. redhalah apa yang terjadi. semuanya sudah ditakdirkan. tiada guna jika ditangisi. tiada guna. semuanya tiada makna. masa itu sampai bila-bila pun bukan milik aku.



❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤

Monday, January 2, 2012

✖ bukan aku mahu marah ✖

0 cinta utkku
aku cuma tanya. kenapa ia terjadi.
aku ingatkan lepas aku tanya aku mahu gelak sama-sama dengan kau. tapi ternyata kau marahkan aku kerna pertanyaan itu.

awak, saya tadi cuma berubah menjadi mesra. tapi awak pula dingin. bila saya tak dingin awak pula mahu mesra.

tak mengapalah. saya redha awak. lepas ini saya tak akan cari awak. untuk apa kalau ia mendatangkan kemarahan di hati kita kan. so better we let it go dari kita merana kan?

ego menguasai hati saya. ikutkan hati saya nak panggil awak abang. dan mengatakan sayang rindukan abang sangat-sangat. sungguh. tapi saya hanya mampu berkatakan dalam hati saja.tak tahu kenapa saya tak boleh luahkan.

awak, boleh tak awak bersabar dengan sikap dingin saya? pasti tak boleh kan?
aku sengaja mahu menjauhi. mahu hati ini tidak terlalu mengharapkan benda yang tak pasti. mahu bersedia satu hari nanti yang jodoh ini bukan milik kita.tapi awak tak faham kan?

sudah lama kita tidak gelak bersama. sudah lama aku tidak tatap muka kau. sungguh rindukan waktu itu.
tapi bila tadi kau dingin dengan aku. aku rasa seperti i'm very stupid girl that call you.

hahahhahah!
aku ada angan-angan dimana kau tidak pernah jemu untuk mencuit hati aku seperti dahulu. walaupun aku akan ego mengatakan entah apa-apa. tapi kau tetap senyum. aku ada angan-angan dimana kau suka membuat aku muncung dan kata kau jahat. walaupun aku kata sebegitu tapi kau tetap buat aku semakin merajukkan.
aku ada angan-angan dimana kau sentiasa mahu aku menyintai kau walaupun aku kata tidak. tapi kau tetap mengetahui hati aku.

tapi kau bukan superman yang boleh tahu isi hati manusia. aku tahu itu.aku cuma mahu kau buat begitu walaupun aku sekeras batu dan sekaku kayu. walaupun aku dingin, di sudut kecil hati aku, aku sentiasa mengharapkan kau bersabarlah dengan aku ini hinggalah hari yang boleh menjaminkan hubungan kita. bila ia berlaku, percayalah yang aku akan berubah menjadi yang terbaik walaupun tidak sempurna yang kau impikan. percayalah yang aku tidak pernah jemu menyintai kau walaupaun kau tidak seromantik jejaka yang aku inginkan.dan percayalah yang cinta ini tidak akan berubah walaupun sekali.

aku suka bila kau perasan akan diri kau. walaupun aku akan kata entah apa-apa. tapi kau ketawa dan hati aku pun ketawa.

maaf kerna aku sungguh pelik bila dengan kau. aku menjadi gadis besi yang tidak boleh langsung dilebur. maaf. aku sendiri tidak tahu mengapa aku wujudkan tembok antara kita.maaf.

awak, maafkan saya kerna tidak sempurna. maaf kerna saya tidak beri yang terbaik. maaf kerna saya banyak buat awak makan hati. maaf saya manusia pentingkan diri sendiri.

tapi awak, cinta bukan perkara yang boleh dibuat main. saya mahu memberikan cinta saya pada suami saya saja. itu impian saya.

maaf jika kata-kata ini membosankan awak. tiada apa cuma saya harap awak sentiasa selamat dilindungi Allah Taala. semoga awak dapat yang terbaik. amin ya rabbalalamin.


❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Usagi Sailor Moon - Link Select