Thursday, April 5, 2012

X nilai sebuah cerita masalah yang bodoh X

masalah.
semua orang ada masalah kan?
siapa yang tak ada masalah.
tipulah kalau hidup ini tiada masalah.
semuanya dustalah!

dahulu, aku ada seorang sahabat.
lelaki?
iya. lelaki.
hitam manis dan pendiam.
walaupun dia tidak kacak, tapi dia cukup memahami.

*pause*
lap air mata.
*play*

sekarang bila aku ada kekasih.
aku alpa.
aku lupa nilai sebuah sahabat yang telah banyak berkorban untuk aku.
gembirakah aku hilangnya sahabat?
aku sendiri buntu.

saat aku gembira dengan kekasih.
aku lupa sahabat.
tanpa belas kasihan, aku membiarkan sahabat keseorangan.
kejam?
sangat sadis!

bila kekasih sibuk dengan urusan peribadi dan lupakan aku.
aku mencari sahabat kerna aku tiada tempat luahan untuk menceritakan semua cerita bodoh aku.
dan sahabat begitu ikhlas menghulur tangan menenangkan hati aku dan meredakan tangisan aku.
sungguh syadu waktu itu.

sungguh mulia hati sahabat.
ramai yang kata shabat adalah lelaki yang paling baik.
susah mahu jumpa lelaki seperti itu.

iya. aku faham semua itu.
dia terlalu baik untuk aku.
tapi aku gunakan kebaikan dia untuk diri aku.

*pause*
manusia yang pentingkan diri sendiri seperti aku mampukah hidup sendiri nanti?
*play*

kekasih tak akan tahan dengan sikap aku ini.
dia sendiri pernah cakap andai aku tidak berubah, dia akan bagi aku “kawan”.
aku ingatkan anak.
tapi bukan.
madu yang pahit untuk ditelan.
boleh buat semua isteri hampir tercekik mati.

entahlah.
belum kahwin sudah menakutkan aku.
even dia kata bergurau tapi aku takut ia menjadi satu doa untuk aku.
dan aku takut untuk mengahwini dengan dia hingga sekarang.
kenapa dia kata sebegitu?
kenapa dia tak kata dia tetap berusaha dan berdoa untuk mengubah sikap aku ini?
kenapa?
dia sendiri tiada jawapan.

sahabat pula kata, andai kita ada jodoh, dia cuba beri yang terbaik.
walau aku tahu kemampuan dia tidaklah sehebat mana.
tapi aku tahu dia sedang mencuba.
aku tahu dia tak pernah jemu memujuk aku mencintai dia seikhlas hati aku.
aku tahu dia setia menunggu cinta aku walaupun tiada tanda permulaan pun.

sekarang sahabat tidak mampu lagi untuk terus menghulurkan tangan pada aku.
dia tidak benarkan aku terus berpaut pada dia.
kerna dia telah wujudkan batas pergaulan pada diri kami.
dia takut dia mengharapkan cinta dari aku.

mana kekasih yang menaburkan janji-janji manis?
mana kekasih yang memberi cinta setinggi gunung kinabalu?
mana kekasih yang ingin menjadi baldi menadah air mata?
mana?

tiada seorang pun mampu berikan aku jawapan ini.
tiada.

dahulu nilai sebuah cerita bodoh pada seorang sahabat amat bernilai.
sekarang sudah tiada makna.

kalau dahulu cerita bodoh dengan kekasih amat berharga.
sekarang sudah tiada nilai.

..: Nana :..

1 cinta utkku:

Siti Mashitah Saidin said...

kadang2 apa yg jadi dalam hidup kita ni supaya kita sedar akan seseatu perkara. :)

Usagi Sailor Moon - Link Select