Monday, December 17, 2012

... kesentapan dua hati ...

0 cinta utkku
kesentapan dua hati atau satu hati?
 
for me, only one.
 
promise is only a word that give you hope. but when the promise has broken, we will be frustrated.
I totally hate when this happen. and I hate him a lot.
 
Love. always make me become worse than before.
I hate him.
Love. always make me looks like stupid.
I hate him.
 
I will try my best to avoid him and keep loving him.
stop.
but I know that i will never stop love him until my last breath.

…: Sindarela Story :…

Wednesday, November 28, 2012

... Kesentapan dalam persahabatan ...

0 cinta utkku
Pernah miliki persahabatan dimana gurau kasar dan berlaku sentap tapi masih matang seperti biasa?
Aku pernah.
Pada aku, persahabatan yang tiada gurau kasar adalah persahabatan yang jujur.
 
Ya. Memang boleh buat sentap. Tapi come onlah. matang lah cikit. For good reasons as long as they not lie to you or stack at the back, everythings in gonna be just fine kan.
 
dalam persahabatan memanglah ada sentap sedikit. tapi nomal lah. pas 5-10 minit, pasti back to normal bukan?
 
dan tak semua persahabatan akan sentiasa di sisi kita 24hour!
 
sebab masing-masing ada komitmen kan?
 
sebenarnya aku tak pandai nak pujuk kawan or kekasih sendiri. seriously! so awkward. SANGAT!
 
dan tak semua kawan akan menanti kita sahaja.
 
aku selalu ditinggalkan kawan bila mereka buat events. ada masa aku bizi dan ada masa ak pokai. dan aku memang tak sentap. sebab aku tumpang bahagia bila mereka bersama. thats all! and of course I will jeles of them but im happy for them. for real.
 
i love all my friends. yess! i love them so much! sometimes more than i love my family and lover.
 
Tata for now!

…: Sindarela Story :…

Sunday, October 7, 2012

✖ love before Nikah is SUCKS! ✖

0 cinta utkku
Ya. bercinta before Nikah bagi aku ia sangat-sangat sucks!

WHY?

because people always like to hurts me.
and I hate him damn much!

aku tak tahulah nak bermula dari mana. tapi memang aku sudah start nak membenci lelaki seperti dia.

pendusta segala pendusta.

kenapalah tiada lelaki lain yang ingin berebutkan aku!
untungnyalah kalau ada. memang aku pilih lelai lain.

aaaaaaaaaaaaaaaa! sungguh nasib badan.

sekarang hiduplah tanpa dia. sekarang ni pun dia sudah terbongkang melupakan kau. apa dia kisah yang aku tengah sakit? confirm lah TAK!!!

dibuai mimpi yang empuk tanpa menghiraukan kau pun.

benci kan?
dipersilakan benci selamanya!
itu hak engkau dan tiada siapa halang.

GOOD! i like it!

hate u!
❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤

Sunday, September 30, 2012

✖ i love to write ✖

0 cinta utkku
aku rindu untuk menulis.
sejak aku ada sebuah buku kecil untuk aku bawa kemana sahaja.
dan senang untuk aku bawa ke hulur dan hilir.
sudah jarang untuk aku membuka belog hati aku ini.

sudah berhabuk sungguh belog aku ini.

walaupun tulisan aku tidak lawa. tapi aku tetap juga terus menulis.

sudah lama aku tidak meluahkan disini.
nanti bila aku rasa mahu menulis, atau waktu itu aku sedang online facebook dan twitter.
dan teringin untuk menulis dan buku itu agak jauh untuk aku capai.
makanya belog aku ini yang menjadi mangsa keadaan.

aaaaaaaaaaaaaa!

abaikan semua ini.


❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤

Wednesday, September 5, 2012

... merindui ...

0 cinta utkku
Aku tahu aku tak layak untuk merinduimu.
Tapi aku layak sebagai seorang sahabat merindui kawannya bukan?

Dulu kau seorang yang ceria.
Dahulu kau mesra melayan aku.

Sungguh sempurna persahabatan kita.
Sungguh memikat.

Entah apalah angin sudah memasuki badan kau.
Dan kau berubah sekelip mata.

Kau lain dan baran dengan aku secara tiba-tiba.

Terdetik di kepala akal aku.

You just somebody I used to know.

Dan kita menjadi seorang asing antara satu sama lain.

..: Usagi Nana :..

Tuesday, August 28, 2012

✖ mencintai dia yang tak mencintai aku ✖

0 cinta utkku
sesuatu yang agak mustahil untuk memiliki hati seseorang yang tidak mungkin menjadi milik kita.

sila bernafas.

mainan perasaan. betul kata orang. itu hanya mainan perasaan. sedangkan bila kita sudah kahwin pun kita pasti ada terdetik sedikit. mungkin usikan syaitan yang mahu memisahkan aku dengan ZJ.

kerana aku dengan ZJ sudah membuat perancangan untuk berkahwin suatu hari nanti dalam waktu yang terdekat.

tapi aku tak faham kenapa aku tak merasakan dia jodoh aku walaupun aku mencintai dia.

tapi aku merasa seperti aku mencintai orang lain dan mengharap jodoh aku dengan dia panjang.

dan

memang betul mainan syaitan ini hebat kan. sangat hebat.

sukar untuk mensetiakan perasaan ini kan.

aku tidak tahu sama ada dia itu mempunyai perasaan yang sama seperti aku ataupun aku hanya bertepuk sebelah tangan.

walaupun dunia makin maju tapi hati dan perasaan tidak pernah maju.

sentiasa bermain tarik tali dengan empunya badan.

ahh! satu bisa yang boleh membawa maut.

antara maut bunuh diri atau pun tekanan jiwa dan akal.

tapi ia tetap bahaya.

aku mencintai dia. tapi aku malu.

❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤

Sunday, July 29, 2012

✖ Sampah ✖

0 cinta utkku
some people will said, " its easy to fall in love."
but for me, its hard enough and i dont know when i fall in love with a guy.

sudah lama aku simpan perasaan ini sejak kami berkawan. simpan dengan rapi.
mula-mula terdetik, aku tepis. aku tepis dan hadang dengan pelbagai jenis tembok supaya l.o.v.e tak masuk dalam diri ini. dengan menggunakan tembok ke-ego-an yang ada. aku hadang ia dari ceroboh masuk.

tapi sekuat mana pun tinggi tembok ego itu, tentera-tentera l.o.v.e tetap dapat masuk dalam hati ini.
dan aku kalah.

3 tahun aku bertahan. masuk ke 4 tahun ego aku masih ada. aku cuba membenci dia. tapi kadang kalah. aku jatuh tersungkur.

aku tak faham bilamana ego itu tiada, dia layan aku macam "sampah". hendak datang, tak hingin dibuang. memang sangat sentap bila ia terjadi.

adakah "sampah" yang wangi? tak pernah aku jumpa "sampah" yang wangi.
setahu aku jika sudah menjadi "sampah" pasti di sepak sepanjang masa.

oh! aku hanya "di-kutip" suatu ketika dahulu.

kekadang aku rasa macam nak stop to fall in love again.
kumpulkan ego, dan mendekatkan dir dengan Allah SWT.

i think that much better than everything.

l.o.v.e is a murder. why? sebab ia membunuh pendirian diri kita dan buat kita lupa diri dan asal usul.

kerana l.o.v.e semua manusia jadi macam lalang. kejap ke kiri kejap ke kanan.

oh! shit!

cinta sebelum kahwin memang tak menjamin apa-apa. lagi tak ubah seperti "memper-judi-kan" maruah diri.
antara mahu meletakkan ia dengan "duit yang banyak" atau "sedikit jumlah" kerana takut akan "tak laku".

tapi if cinta ini dilayan seperti "sampah". siapa yang mahu.

aku sendiri tidak mahu. i have to cry everynight. and fighting with my own heart and brain. fight to be more mature than yesterday. fight to be strong than ever. HIPOKRIT!

but hipokrit is good actually. pretending or acting about an "happy life". fun?
you can become "the best actor or actress".

tired. tired after acting. tired being a nice lady.

well, 'sampah' tetap tak akan dikutip untuk di-kitar semula seperti plastik etc. l.o.v.e. is live solid-waste. you cant recycle it. like ex-bf or ex-gf. im sure no one will accept their ex. isnt?

that is life with full of "sampah" love.

tata!

❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤

Thursday, July 26, 2012

✖ Ramadhan ✖

0 cinta utkku
Ramadhan datang. Alhamdulillah. aku masih lagi bernafas untuk merasa berpuasa di bulan Ramadhan ini.

Aku terasa indah.
Teringin juga merubah diri menjadi yang lebih baik. InsyaAllah.

Dan aku teringat kekasih aku, ZJ.

How is he? I hope he miss me just like I do.

Just hoping that this year Ramadhan will be the best Ramdhan than last year. I just hope.

And I wish that ZJ will come to meet my parents and engage with me this year. And I hope next year, before Ramadhan, we will marriage. If everything settle down one by one.

Nothing much to say. Love Ramadhan. The month to find more "Pahala".

❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤

Sunday, June 17, 2012

✖ he's gone ✖

0 cinta utkku
he is gone.
just gone and leave me behind.
he leave me when i was misunderstanding and sad.

he leave me.
he just walk away without looking back.
he just go away without say goodbye.

back then, i always crying.
unstoppable.
you promise me that you won't leave me alone.
but you just did.
you broke your promise.

i missing you.
so much.
please come back.
i need you in my life.

please come back.
please.
❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤

Friday, June 15, 2012

✖ kami pernah bersama ✖

0 cinta utkku
kami bermula dengan benci.
tidak pernah bersekufu. hanya tahu benci-membenci.
setiap hari pasti ada kebencian yang diluahkan.
pasti ada pergaduhan yang bermula.
pasti ada saja benda yang dijadikan isu.

seminggu, dua minggu.
kami masih membenci.
malah makin mendalam

masuk sebulan.
kebencian kian pudar. kemesraan terjalin.
senyum dibibir makin bersayap.
kerinduan kian membesar.

masuk bulan kedua.
ketawa kian memecah dinding.
retak.
mata-mata memandangkan bagaikan tak percaya kami seperti isi dan kuku.
mesra.

masuk bulan ketiga.
kami dipisahkan.

kerana salah seorang daripada kami punyai musuh.

musuh yang perlahan-lahan berkembang.

kami yang lain, terkedu.
buntu. kerna kami sendiri dipisahkan.

mengapa mereka ada membenci?
mengapa mereka suka memisahkan kami yang kian selesa bersama?
kami tidak menangis dihadapan masing-masing.
hanya menangis dalam hati.
sedu-sedan tiada siapa yang sedar.

mereka yang pergi tidak akan kembali.
they just go and say goodbye.
just like that.

I will never forget this memory.
susah senang kita bersama menyelesaikan.
dan aku rasa bersalah.
sangat rasa bersalah.


❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤

Sunday, May 27, 2012

... malang itu aku ...

0 cinta utkku
mood: not in good ad all.

pernahkah terfikir yang diri ini seorang gadis yang malang?
aku selalu terfikir bila aku bersama dengan dia.
always.

atau aku sebenarnya tidak bersyukur dengan apa yang aku miliki?
maybe.

malangkan gadis seperti aku?
tersangat!

aku sejak kecil pernah terfikir, yang aku si gadis malang yang mungkin akan berkahwin dengan lelaki yang aku tak pernah terfikir atau ingin menyintai dia pun.

sebab aku sejak kecil telah mengajar cinta tidak seindah yang diimpikan.
dan ya! aku sendiri sentiasa menonton cerita si gadis tidak pernah dapat berkahwin dengan lelaki yang dia cintai.

aku menangis depan dia. dia tanya kenapa. kelu lidah aku ungkapkan. dia hanya mampu mengeluh berat.

jika benar yang aku tidak dapat berkahwin dengan lelaki yang aku cintai. aku redha. aku pasrah. aku terima saja jodoh ini. kerna aku tidak mahu menampakkan yang aku terlalu desperate.

hinggakan aku bawa buku jika aku tidak mampu meluahkan apa yang aku fikirkan pada dia. jujur! kasihan pada dia. tidak mungkin terasa yang dia useless. sebab tak boleh buat apa-apa jika aku hanya mendiamkan diri.

kekadang aku ingin beritahu dia yang andai kita tak dapat bersama, aku mahu dia tabah. aku mahu dia terus menyintai isteri dia dan berhenti menyintai aku. tapi mampukah aku berhenti menyintai dia?

entah.

gadis malang seperti aku mungkin tidak akan dapat bersama dengan lelaki yang aku cintai. tapi mungkin aku akan bersama dengan lelaki yang menyintai aku.

ya. menyintai aku sepenuh jiwanya. pasti? aku pasti. asalkan aku bahagia. cukup.

awak, andai benar saya gadis malang itu, doakan kebahagiaan saya. jangan lupa.

❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤

Thursday, May 24, 2012

... tak tahu ...

0 cinta utkku
perasaan itu.
aku tak tahu macam mana mahu menceritakan.
tapi ia kosong.

aku masih mahu menghubungi dia.
aku masih mahu bergaduh dengan dia.
tapi aku tak mahu berjumpa dengan dia.

sebab hati aku kosong.

aku tak mahu berkahwin dengan dia.
tapi aku mahu hati dia disakiti.
aku mahu dia rasa sakit seperti mana aku sakit hati dengan dia.

kejamkah?
atau sadis?

aku mahu dunia ini adil.
menghukum dia sebanyak dua kali ganda disakiti.

tapi layakkah aku menghukum dia?

jiwa ini meronta-ronta.
disiat-siat sedikit demi sedikit.
sakit hinggakan aku tak mampu untuk menangis lagi.

aku kecewa.
tapi aku tak mampu untuk mengalirkan air mata.
kenapa?

aku tak tahu kenapa.
aku hanya mampu pendam sahaja.
simpan perasaan ini hingga ia membusuk di dalam peti hati.

ya. busuk. bau bangkai.

terukkah?

aku cuba tutup pintu hati aku.
tapi kau mengetuknya berkali-kali.
bila kau berjaya masuk.
kau hapuskan semua barang yang aku sayang.
dan setelah kau puas musnahkan semua.
kau pergi tinggalkan aku.

aku?
kaku.
terpana.
tercenggang.

tak sangka aku kau rupanya pemusnah.
menyesal aku kenal kau.
menyesal.

jangan kau pinta untuk berbaik semula dengan aku!
kerna dalam hati aku tiada ruang untuk kau!

..: Nana :..

... masa ....

0 cinta utkku

masa tidak akan dapat diundur sampai bila-bila pun.

sebab itulah as human kita kena kejar masa.

sebab masa tidak akan toleh kebelakang.

tapi

masa menghargai setiap detik yang berlaku.

 

kadang kala aku harap aku boleh menjadi masa.

tidak pandang belakang.

jatuh seribu kali pun tetap teguh berjalan.

 

andai aku menjadi masa.

pasti ramai akan hargai aku.

anggap aku adalah paling penting dalam hidup mereka.

 

Cuma masa sentiasa lupa masa lalu.

ya.

masa tidak akan mengingati benda yang telah berlaku.

sesaat pun dia tidak akan ingat.

masa Cuma ingat masa hadapan.

apa yang bakal berlaku.

apa yang bakal terjadi.

 

menjadi masa kekadang kita akan menjadi seperti manusia yang tiada perasaan.

kadang kala leka memikirkan masa depan hinggakan lupa apa yang sedang berlaku.

 

masa oh masa.

kau tidak akan dapat diundurkan mahu pun dalam sesaat.

 

andai kita seiring, belum tentu kita boleh jadi sahabat.

kerna kau bergerak sendirian.

kau tidak perlukan teman.

kau tidak perlu mencari kawan.

kau boleh berjalan tanpa siapa-siapa pun.

 

 

 

..: Nana :..

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- This email and any files transmitted with it are confidential and intended solely for the use of the individual or entity to whom they are addressed. If you receive this email in error, please delete the same and notify the sender. --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sunday, May 20, 2012

... milik kita ...

0 cinta utkku
-milik kita-

Kita selalu lupa diri kita bila sudah dapat apa yg dimiliki..
Sebab kenapa??
Sebab manusia adalah makhluk yang tidak pernah kenang budi..
Dan tidak dinafikan aku jua tergolong dalam kategori itu..
Manusia juga slelau leka dan alpa..
Leka dengan keindahan dan kemewahan dunia
Dunia ini hanyalah godaan untuk membuktikan betapa jauhkah keimanan kita..
Tapi…
Manusia tidak pernah sedar akan hal ini..
Oleh sebab itu…
Janganlah sangka semua yang kita ada sekarang adalah milik kita..
Cinta…
Kasih sayang…
Malah rumah yang kita bayar bulanan juga bukan milik kita…
Sesungguhnya ia milik yang Maha Esa..
Kita hanya menumpang sahaja…
Mustahil untuk mangatakan yang semua benda milik kita..
Kerana semua milik kita..
Milik Tuhan...

❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤

... mampukah ...

0 cinta utkku
mampukah aku?

terpana aku melihat angin bertiup kencang...
memukau aku untuk terus berdiri tegak..
tidak toleh belakang...
dan tidak memandang kiri dan kanan..
melihat taufan bakal menerpa pintu hati aku..
aku diam..
ingin aku menghalau taufan itu..
makin ia besar dan menghampiri..
oh hati..
ckup la kau memperdayakan aku...
taufan itu hanya mainan kau sahaja kan..
tp...
jika btl la semua nini berlaku..
aku tidak pasti sama ada aku mampu utk terus berdiri...
atau aku akan tersungkur cium bumi..
soalan...
mampukah aku?

❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤

... beza ...

0 cinta utkku
kehidupan berbeza....

dunia kita memang berbeza..kau tahu kenapa???kerna kite mempunyai kehidupan masing-masing yang perlu dilaksanakan...tapi hinggakan kita terlupa akan orang yang kita sayang kan..kau mempersendakan dia...dan kau tertawakan kehidupan dia...sungguh tidak adil kan???walaupun hidup kau sempurna tanpa aku...tapi kenapa kau masih mahu disamping aku??kenapa kau tidak tinggalkan aku sahaja???

soalan aku mahu tanya pada kau....kenapa kau perlukan aku??kenapa kau tidak tinggalkan aku sahaja??kenapa kau masih berdiri sebelah aku sambil memegang tangan aku tapi kau tidak memandang muka aku..apakah kehidupan aku ini begitu jelek hinggakan kau tidak mahu melihat nya??

dan walaupun aku sakit hati dengan sikap kau yang masih mengangap aku patung tidur mu atau seperti mayat hidup...aku tidak kisah kerna selagi aku mampu bernafas sebelah kau..selagi itu aku mendiamkan diri...tp ingat lah satu benda...bila aku sudah terduduk..janganlah kau sesekali sentuh aku atau bercakap atau memandang aku...tinggalkan la aku sesenyap angin meniup bayu..

❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤

... keangkuhan dan kebanggaan diri ...

0 cinta utkku
keangkuhan dan kebanggan diri~

aku benci dia...
aku makin benci dia..

angkuh nya die dgn diri die..
org yg selalu anggp diri die sempurn tp sbnr nye tidak..
tidak boleh menerima kekalahan..
hanya ingin kn kemenangan..

soalan..
sampai bila ingin menjadi nombor 1??
sedangkan cuaca jua ada hujan nya..
tdak mungkin panas smpai ke malam...

owh...
sungguh arjuna...
memg tiap apa yg dilakukan..
ada balasan..
sungguh menyedihkan dunia dia..

tp...
aku hanya mampu melihat..
kerna tiada guna utk aku berkata2..
kau tidak akan dgr bukan..

jd..
aku hnye mampu melihat kau...
dgn dunia kau..
kata2 kau..
xkn mampu melumpuh kn ht aku..

❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤

... andai dunia ini milik aku...

0 cinta utkku
andai dunia ini milik aku...

kan indah andai dunia ini milik aku..
sungguh mempesonakan...
pasti tidak akan pandag belakang...

ingin ku buat semua yg aku ingin kan..
pergi bercuti dgn org tersyg..
pergi kemna shje tnpe perlu risau sesat..
membeli semua yg diingini..

keje dgn syarikat yg mahu shje..
atau..
membuka perniagaan sndri..

berkahwin dgn artis pilhan atau
jejaka yg kacak..
milik rmh sndri...

dan tidak lupe..
mempunyai kenderaan sndri..

sungguh2 indah kan..

tapi...

ingat lah wahai manusia..
dunia ini bukan milik kite,.

tp milik Allah...

dan aku sbg hamba dia..
hanya mampu membuat yg termampu dan terbaik..

tp..
yg menjdi milik aku adalah
ketawa..
senyuman..
sedih..
menangis..
dan sepi...

hati ini kosong..
suram..
hanya mampu termenung..
mengenang kan nasib yg malang itu..

mampukah aku bertahan dgn dunia aku skrg...
kadang kala aku penat dgn dunia aku skrg..
aku rasa spt mahu melarikan dri..

tp aku tahu..
kemana shje aku pergi..
dunia ini xkn tgglkan aku melainkn..
aku meningglkn dunia ini slamanya..

owh....
andai dunia ini milik aku...

❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤

... akal dan hati ...

0 cinta utkku
akal dan hati..

perang antara kau dan aku..
siapa akan kalah dan siapa akan menang..
kau atau aku??

diam...
siapa yg akan mendiamkan diri selame 8 jm..
kau atau aku?

bakat...
siapa yg mempunyai bakat yang mendalam..
kau atau aku..

kau dan aku adalah sama..
aku adalah diri kau..
kau adalh diri aku..

melihat kau menangis..
aku juga menangis..
melihat kau gembira..
aku juga gembira..

kita adalah kembar...
kongsi semua bersama..

sakit,kecwa,takut dan sebagai nya..

tapi 1 yg aku tertanya2 smpai skrg...
knp kau tidak faham aku..
dan
knp aku tida boleh faham kau...

kau hati..
aku akal..
kite selalu bertentangan..
aku memberi idea yg bernas..
tp kau...
memberi kasih syg yg tidak mati smpai bila2..

aku rindukan kau hati..
knp kau mendiamkan dri..
aku kebuntuan tnpa kau..
dtg la pada aku hati..
pulang la syg..

kerna bila kite bersatu..
hasil 1 ciptaan tidak dilupai..

❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤

-suami yg memahami atau ... -

0 cinta utkku
assalamualaikum.

ramai manusia ingin suami yang memahami dan sempurna. yang melengkapi seperti Nabi Muhammad SAW kita.
hahaha! siapa yang tak mahu kan?tipu la kalau aku cakap aku tak mahu.

memang susah nak cari suami yang seperti itu. mungkin satu dalam sejuta. mungkin 2 dalam berjuta-juta. kalau asyik nak yang macam tuh aje. tak kawen lah alamatnye.

suami. ya suami adalah seorang lelaki. yang akan melengkapi hidup wanita. eh. wanita yang akan meleangkapi hidup lelaki. papepun they complete each other.

memang lah seorang suami itu perlu pandai solat, mengaji, bekerja. itu memang pakej.
tapi aku mahu suami yang sanggup dengar masalah aku hari-hari. dengar dengan teliti walaupun akhir cerita aku tidak minta pendapat dia.

susah sangat ke mendengar masalah?
aku kadang-kadang suka menceritakan masalah aku saja. bukan minta pendapat pon. tak perlu! lagi-lagi bila aku cakap, "awak, saya ada masalah." then perlu cakap, "ceritalah."

then time aku tengah potpet potpet tuh. dia akan cakap, "sabarlah. mungkin dugaan dari Allah SWT mahu menguji kita. sabar ajelah."

YESS! thats what i need. itu aje. sebab bila cakap pasal famili. tak perlu otak lain untuk setelkan. hanya mendengar aje.

but when aku cakap, "awak, saya ada masalah.cmne nk setelkan?"
maksudnya, akhir cerita die perlu bagi pandangan dan pendapat yang bernas dan logik. YA! perlu! sangat perlu pendapat itu untuk bantu aku elak pening.

tapi biasanya aku ni jarang mintak pendapat. sebab aku suka fikir sendiri. sangat suka. aku suka wat otak aku penin.pastuh aku menangis. hahaha! sangat seronok berbuat demikian. best!

pernah kekasih aku marahkan aku kerna terlalu fikirkan masalah dan suka pendam. sebab bila aku ada masalah, dan bila aku malas nak menceritakan kejadian itu, aku akan menangis dalam telefon. dia hanya mampu diam. sebab sudah berpuluh-puluh kali dia tanya kenapa. terang-terang aku akan cakap, tiada pape pun.

susah untuk menjadi suami aku yang peka. sebab perempuan ini merumitkan. tapi perempuan sebenarnya bagi hint yang simple aje. cuma lelaki malas nak fikirkan sangat benda yang remeh temeh ini. SANGAT!

entah la. tapi aku tahu tiada lelaki yang aku ingin kan ini. kalau ada pon mungkin sudah menjadi suami orang. hahahha! kempunan ajelah.

tapi aku tahu. Allah tahu pasangan yang seperti manakah yang amat seswai berada di sisi kita hingga akhir hayat kita. ayuh mencari!!hahha!

oh! sudah seusia aku. pasti malas nak mencari kan?kuikuikui~~
❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤

✖ rindu ✖

0 cinta utkku
mungkinkah itu perasaan biasa? atau sememangnya bukan satu kebiasaan.
aku rindukan dia.
sunagguh aku sudah meludah, tidak mungkin aku mampu untuk menjilat semula bukan?

sedih. ya memang sedih.

tapi apa yang patut aku lakukan?
tiada apa kecuali mengaharapkan dia memahami aku.

sungguhpun aku tidak memahami dia tapi aku amat menyanyangi dia.
sungguh.

esok atau lusa akan berlaku perubahan yang baru.
akan muncul benda baru.
semuanya mungkin berubah.

awak, tidak rindukah awak pada diri ini?
sungguh tidak?

awak, saya tidak menyesal menyintai awak. tapi saya kecewa bila awak tidak menyintai saya setulus hati awak.

awak, andai dunia ini berhenti berputar, saya mahu menyatakan saya milik awak.
tapi tidak mungkin bukan kerna kita bukan suami isteri yang sah.

sungguh aku merindui saat kita kongsi ketawa dan sedih.

tapi awak tidak akan mengertikan?
sebab jodoh ini bukan milik kita.
saya bukan untuk awak. awak milik gadis lain.

awak, saya doakan kebahagiaan awak.
awak, sungguhpun saya cemburu pada gadis yang dapat milikmu sepenuhnya, tapi aku pasti tersenyum melihat mu. sungguh!

harap aku tidak menipu hati aku.
walaupun pahit aku telan, tapi demi melihat kau bahagia, aku redhakan.

aku pasrah?
mungkin.
aku redha?
mungkin.

sebaik-baik perancang adalah sebaik perancangNya.

awak, jodoh ini mungkin bukan milik kita.
saya doakan kebahagiaan awak.

meskipun hati ini merindui awak.
tapi sudah tiada guna.
kerna jodoh ini bukan milik kita.

saya tetap rindukan awak.

❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤

✖ bila april datang ✖

0 cinta utkku
ini bukanlah lagu Dr. Fazley kita.
tapi ini hanya penulisan aku.
tulisan ini khas buat kekasih baru aku.

Black,
sejak kau menjelma, aku rasa dirimu begitu berharga buat diri aku.

black,
sejak kau muncul dalam hidup aku, aku rasa kaulah nyawa aku.

black,
tidak akan ku benarkan sedikit cela pada mu.
oh tidak.

black,
dimana pun daku berada, kau tetap disisi aku.

black,
janganlah kau tinggalkan aku sendiri.
bila kau berjauhan, umpama mimpi aku tidak lena.
siang malam teringat akan dikau.
aku tidak jemu melihat kau.

oh black,
hanya kau sahaja dihati aku.
tiada lain.
tiada yang kedua.
hanya kau yang pertama dan yang terakhir.

walaupun dunia ini sudah tidak perlukan kau.
aku tidak akan lepaskan kau semudah itu.
aku tidak akan benarkan sesiapa pun ambil kau dari aku.
tidak sesekali.

harap, kita bersama black.
aku harap.

wang ringgit akan aku beri pada kau black.
hanya kau.

moga tiada manusia lain yang cemburu akan kita yang setia bersama.

oh black,
april ini akan aku jadikan kenangan kerna kemunculan kau.
bila april akan datang, kita raikan pertemuan kita bersama.

❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤

Monday, May 14, 2012

... masa itu kau tiba ...

0 cinta utkku

sukar untuk bernafas bila masalah datang tanpa dipinta sambil bermain tarik tali dengan kita. hinggakan kita jatuh tersungkur bila kita sudah penat menarik tali penyelesaian.

saat itu, aku terduduk menangis. tiba-tiba tangan kau menyentuh kepala aku sambil berkata, usah putus asa.
aku menatap wajah kau dengan muka yang basah. dengan menggunakan kain di belakang lengan aku lap air mata yang menitik keluar dari kelopak mata.

kau hulurkan tangan aku, aku sambut dengan tersenyum. nipis. tapi memuaskan hati. kau kata lagi, kita sama-sama tarik tali ini. dengan penuh semangat di jiwa, aku menarik tali itu.

dan akhirnya. aku menang. kemenangan ini aku sambut sambil memegang erat tangan kau. kau senyum puas. aku ketawa puas. masalah itu tersungkur dan hilang.

tapi jangan ingat tiada tali yang muncul. masih ada banyak tali masalah perlu ditarik untuk menyelesaikan masalah-masalah itu.

dengan penuh erat tangan aku kau gengam dan kata, ayuh! kita sama-sama menyelesaikannya. usah gentar dan usah gelabah, InsyaAllah. pasti semuanya selesai.

tiada bimbang dalam jiwa. tiada risau dalam hati. tiada serabut di akal.
hanya mampu berkata dalam hati, moga kau disisi aku selamanya.


❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤

... menanti yang tak pasti ...

0 cinta utkku
aku ada satu sifat yang aku gemar sejak dahulu lagi. "MENANTI YANG TAK PASTI". ya. itu sifat kegemaran aku sejak dahulu lagi. menderita tapi membahagiakan. sesungguhnya ia sangat membosankan.


aku gemar menjadi seperti ini.
menanti awan gelap untuk menurunkan hujan. walaupun awan itu hanya lalu sahaja.
menanti bintang Capricon di Malaysia, walaupun bintang itu hanya wujud di Kutub Utara.
menanti taugeh tumbuh, walaupun kacang hijau itu telah direbus.
menanti artis popular untuk mengahwini aku, walaupun artis sudah ada pilihan hati.


aku sentiasa menjadi pemegang tali yang sendirian. dengan harapan ada si pemegang tali yang sanggup pegang tali bersama-sama dengan aku. tapi, mereka hanya pegang seketika dan alihkan hujung tali itu saja moga ia tidak menghalang laluan.


menanti dan terus menanti. menderita dan terus menderita.

aku suka menjadi seorang penderita. kerna menderita amat membahagiakan.

dan menanti adalah sifat aku.

menanti dia yang sudi.
menanti dia yang terima aku seadanya.
menanti dia yang mengajar aku menjadi seorang wanita.
menanti dia yang mengajar aku tentang islam.

awak, saya menanti awak. walaupun tak pasti siapa awak.



❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤

Thursday, April 5, 2012

X nilai sebuah cerita masalah yang bodoh X

1 cinta utkku
masalah.
semua orang ada masalah kan?
siapa yang tak ada masalah.
tipulah kalau hidup ini tiada masalah.
semuanya dustalah!

dahulu, aku ada seorang sahabat.
lelaki?
iya. lelaki.
hitam manis dan pendiam.
walaupun dia tidak kacak, tapi dia cukup memahami.

*pause*
lap air mata.
*play*

sekarang bila aku ada kekasih.
aku alpa.
aku lupa nilai sebuah sahabat yang telah banyak berkorban untuk aku.
gembirakah aku hilangnya sahabat?
aku sendiri buntu.

saat aku gembira dengan kekasih.
aku lupa sahabat.
tanpa belas kasihan, aku membiarkan sahabat keseorangan.
kejam?
sangat sadis!

bila kekasih sibuk dengan urusan peribadi dan lupakan aku.
aku mencari sahabat kerna aku tiada tempat luahan untuk menceritakan semua cerita bodoh aku.
dan sahabat begitu ikhlas menghulur tangan menenangkan hati aku dan meredakan tangisan aku.
sungguh syadu waktu itu.

sungguh mulia hati sahabat.
ramai yang kata shabat adalah lelaki yang paling baik.
susah mahu jumpa lelaki seperti itu.

iya. aku faham semua itu.
dia terlalu baik untuk aku.
tapi aku gunakan kebaikan dia untuk diri aku.

*pause*
manusia yang pentingkan diri sendiri seperti aku mampukah hidup sendiri nanti?
*play*

kekasih tak akan tahan dengan sikap aku ini.
dia sendiri pernah cakap andai aku tidak berubah, dia akan bagi aku “kawan”.
aku ingatkan anak.
tapi bukan.
madu yang pahit untuk ditelan.
boleh buat semua isteri hampir tercekik mati.

entahlah.
belum kahwin sudah menakutkan aku.
even dia kata bergurau tapi aku takut ia menjadi satu doa untuk aku.
dan aku takut untuk mengahwini dengan dia hingga sekarang.
kenapa dia kata sebegitu?
kenapa dia tak kata dia tetap berusaha dan berdoa untuk mengubah sikap aku ini?
kenapa?
dia sendiri tiada jawapan.

sahabat pula kata, andai kita ada jodoh, dia cuba beri yang terbaik.
walau aku tahu kemampuan dia tidaklah sehebat mana.
tapi aku tahu dia sedang mencuba.
aku tahu dia tak pernah jemu memujuk aku mencintai dia seikhlas hati aku.
aku tahu dia setia menunggu cinta aku walaupun tiada tanda permulaan pun.

sekarang sahabat tidak mampu lagi untuk terus menghulurkan tangan pada aku.
dia tidak benarkan aku terus berpaut pada dia.
kerna dia telah wujudkan batas pergaulan pada diri kami.
dia takut dia mengharapkan cinta dari aku.

mana kekasih yang menaburkan janji-janji manis?
mana kekasih yang memberi cinta setinggi gunung kinabalu?
mana kekasih yang ingin menjadi baldi menadah air mata?
mana?

tiada seorang pun mampu berikan aku jawapan ini.
tiada.

dahulu nilai sebuah cerita bodoh pada seorang sahabat amat bernilai.
sekarang sudah tiada makna.

kalau dahulu cerita bodoh dengan kekasih amat berharga.
sekarang sudah tiada nilai.

..: Nana :..

Sunday, March 25, 2012

✖ nasib mereka berbeza ✖

0 cinta utkku
orang kata tiap manusia nasibnya berbeza.
bukan manusia yang kata.
zaman Nabi kita lagi sudah ternyata benda ini benar.

aku tidaklah sehebat untuk menerangkan secara islam.
tapi ini yang aku faham.
Allah sudah memberi nasib setiap umatnya saat dia memberi nyawa pada umatnya di dalam perut ibu lagi.

sama ada celaka atau bernasib baik setelah dia dilahirkan.
nasib ini kita boleh berubah kalau kita berusaha dan sentiasa ingat pada Allah.
InsyaAllah. semuanya berubah kan.

cuma aku.
aku cemburu dengan nasib mereka yang untung adri aku.
tapi sebenarnya aku silap.

mereka dapat ansib yang untung kerana nasib dahulu mereka bukan seperti yang aku sangkakan.
merka kehilangan yang terbaik tapi mereka akan dapat yang terbaik.
betul.
mereka tabah dan tidak pernah putus asa pada Allah moga dia diberikan kehidupan yang terbaik di masa akan datang nanti.

cuma, kehilangan yang terbaik itulah membuat mereka seukar melupakan walaupun sudah ada yang terbaik didepan mata.

itualh yang berlaku pada mereka yang aku kenal.
sama ada cepat atau lambat saja Allah yang tentukan.
mungkin Allah mahu mereka menjadi lebih tabah dengan lambatnya kehadiran yang terbaik.

mungkin.

tiada siapa yang tahu kerna ini adalah rahsia Allah.
kita kenalah berusaha merungkaikan rahsia ini kan?

munculnya yang terbaik saat kita kehilangan yang terbaik.

ya! pastinya seperti itu.

aku harap, aku dapat yang terbaik. yang terbaik yang tersedia ada untuk aku. insyaAllah. semua itu Allah yang tahu.

❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤

Wednesday, February 22, 2012

✖ aku cuba ✖

0 cinta utkku
bahagia tanpa mu.
ya aku cuba.
dengan mengingati Allah setiap masa.
boleh.
aku boleh melupakan kau

tapi
tipulah kalau aku cakap 100% aku mampu melupakan kau kan.
sungguh tipu.

aku keluar dengan kawan.
aku baca yassin dan Al-Quran.
aku sibukkan diri aku sehingga aku keletihan.

memang membuahkan hasil.
tapi kau masih ada dalam ingatan aku
kadang-kala aku rasa seperti mahu menembak sahaja kepala ini.
dan juga hati.

dalam diam hati minta menanti
menanti hingga menitik air mata.
setitik demi setitik
hingga aku sedu sedan.

tapi.
aku cuba sehabagia mungkin.
semungkin yang boleh.
sebolehnya aku mahu merobek hati aku.
sungguh.

cuba melupakan memang tak mampu.
tapi cuba bahagia tanpa dia.
seboleh mungkin aku mahu mampu.



❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤

Saturday, February 18, 2012

... terima dan pergi ...

0 cinta utkku
susah menjadi orang lain. menerima orang yang kita tak cinta.
siapa cakap susah menerima orang kita tak cinta?
memang susah. lagi kita cube dekati, lagi susah kan?

suatu ketika dahulu, aku pernah menerima cinta yang aku tak tahu kebahagiaannya sampai bila.
serius. aku ambil cinta itu tanpa aku ketahui risikonya.
kerna aku sangka bahagia itu panjang.

bila aku terima. lain yang jadi.
derita datang tanpa di pinta dan tidak mahu mengundur diri.

menangis peneman setia. amat setia.

bila derita tidak mahu pergi. sahabat pula hulur kebahagiaan.
takut-takut aku mahu menerima. sungguh pun aku rindukan kebahagiaan itu.
aku rindu akan diri aku yang ketawa sentiasa. yang sentiasa yakin dan bersemangat.
sungguh aku rindukan diri aku yang montel.

cinta.
dari dahulu aku kenal cinta. aku tak pernah gemuk. pernah sekali. kerna aku tak mahu menangis waktu kerja. maka aku makan untuk hilangkan menangis.
serius.

sahabat yang aku sayang. aku tiada teman lelaki tapi sahabat. aku gemuk sekali kerna bahagia dengan sahabat aku. sungguh bahagia.

tapi itu semua dulu. kekurusan aku menunjukkn penderitaan hidup aku.
sampai bila aku mahu terus begini? aku sendiri mahu jejak ke alam bahagia. yang amat bahagia.
sungguh.

aku tinggalkan sahabat kerna cinta,cinta yang tidak memberikan apa-apa. aku sangka cinta itu manis, tapi cinta hanya bagi derita.

sekarang.

aku tinggalkan cinta demi sahabat yang telah lama menghulur kebahagiaan yang dia sendiri tak pasti tapi cuba untuk tidak membuat aku menangis.

aku terima sahabat.
tapi
aku pergi meninggalkan cinta.

❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤

Saturday, February 11, 2012

✖ aku bukan nak ego ✖

0 cinta utkku
i miss you.

firstly, i really-really was mad at you. because you ignore me. you change. you change already. i almost did not recognize you.

iya. memang aku ada marah. merajuk dan sentap.

ya. kau ada minta maaf tapi aku mendiamkan diri sebab aku mahu kau telefon aku. tapi apa yang kau buat? kau ignore aku. macam aku ni bukan sapa-sapa bagi kau kan?

betul tak?

sebenarnya, aku memang suka merajuk. tak tahu kenapa. tapi itu memang aku try to avoid. but tak dapat. aku nak dia pujuk dengan hanya call aku. only a one call is enough. enough already. tapi dia tak faham. hanya bagi aku mesej. tapi tuh pon sehari satu kan? mesej banyak2 tak bole?susah sangat ke? aku bole aje mesej die time die bizi. even die bc o tak, aku tetap mesej die. tapi aku tahu die TAK AKAN balas kan. tapi kenapa aku bole buat cam tuh??? kenapa die tak boleh buat? kenapa!!!!!!!!

aku musykil 1 benda. dahulu die pernah cakap kat aku, kalau aku tak balas mesej die. aku hanya membisu. diea akan kol aku. tapi kalo usaha die kol tidak membuahkan hasil, dia akan datang raumah aku untuk mencari aku. tak kiralah ada orang or tak.

*saat die cakap camtuh. tersipu aku. sekurang-kurangnye nampak usaha die nak memujuk aku kan??*

tapi siyesly die cakap semuanye cam SHIT laaaaaaaaaa! PENIPU!!!!baru 2 hari aku tak mesej langsung dah nak tinggal kan aku? so impian kita nka kawen kena punahkan cam tuh aje? FINE!!! as ur wish!!

lain kali kalo tak boleh nak tunaikan apa yang dicakapkan BETTER tak payah cakap kan!!!! siyesly aku rasa cam DAMN laa!!!!

aku serahkan jodoh ini pada Allah dan dia. kalau betul die nak kawen dengan aku. even gaduh cmnipon die tetap nekad dgn keputusan die nak kawen dengan aku kan. die akan usaha sampai menjadikan. die pernah cakap kalah bukan makna mengalah kan.

aku sedia menerima semua keputusan. siyes. aku pasrah. aku redha. aku terima dengan ikhlas. aku fedap macam ni. rasa dipermainkan.

aku susah nak mengaku aku cinta. tapi dengan die hampir 2thn aku membisukan cinta aku. tapi when aku sudah memberi cinta. cinta aku dipijak-pijak pula. menangis aku.

aku rasa menyesal memberi cinta pada die. sepatutnye aku mendiamkan diri aje. lebih bagus kan? oh Ya Allah, tabahkn hati aku. kuatkan iman aku. tolong aku mengahadapi dugaan mu. mungkin memang benar die hanya menyinggah sahaja.

p/s:
awak, saya tak mintak intan, emas berlian pon. kalo boleh call, call lah saya. kalau nak jumpe, datang lah rumah. mahal sangat ke semua ini?sampai awak kena gadai wang ringgit? tak mengapalah awak. saya tak paksa. saya okay aje.
❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤

Tuesday, January 10, 2012

✖ masa bukan milik aku ✖

0 cinta utkku
beli masa. aku rasa situasi ini popular di zaman merekan yang tengah hangat-hangat bercinta. sungguh sungguh romantik. sungguh "sweet". dan akan diingati.

tapi tidak seperti aku.

bila aku mahu beli masa dia, tiada. bukan untuk dijual. aku diam. aku cuma mahu buat keadaan kita seperti mereka yang hangat bercinta. tapi ternyata tidak. tiada sedikit pun untuk aku. aku faham.

air mata gugur lagi.

teringin aku buat sedemikian. mesti seronok. mesti seperti yang diimpikan. mesti kenangan terindah.

tidak bagi aku. hanya mimpi ngeri. hanya mimpi buaian syaitan.

betul kata dia. masa bukan milik aku seorang. ia patut dikongsi.

bukan apa. aku hanya mahu beli masa dia untuk kami kongsi cerita. untuk kami gelak bersama. untuk mencari keserasian bersama. hanya itu pinta aku. hanya itu aku perlukan.

tapi semua itu tidak mungkin aku akan dapat miliki. kerna masa bukan milik aku.

hati, sabarlah. tabahlah. redhalah apa yang terjadi. semuanya sudah ditakdirkan. tiada guna jika ditangisi. tiada guna. semuanya tiada makna. masa itu sampai bila-bila pun bukan milik aku.



❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤

Monday, January 2, 2012

✖ bukan aku mahu marah ✖

0 cinta utkku
aku cuma tanya. kenapa ia terjadi.
aku ingatkan lepas aku tanya aku mahu gelak sama-sama dengan kau. tapi ternyata kau marahkan aku kerna pertanyaan itu.

awak, saya tadi cuma berubah menjadi mesra. tapi awak pula dingin. bila saya tak dingin awak pula mahu mesra.

tak mengapalah. saya redha awak. lepas ini saya tak akan cari awak. untuk apa kalau ia mendatangkan kemarahan di hati kita kan. so better we let it go dari kita merana kan?

ego menguasai hati saya. ikutkan hati saya nak panggil awak abang. dan mengatakan sayang rindukan abang sangat-sangat. sungguh. tapi saya hanya mampu berkatakan dalam hati saja.tak tahu kenapa saya tak boleh luahkan.

awak, boleh tak awak bersabar dengan sikap dingin saya? pasti tak boleh kan?
aku sengaja mahu menjauhi. mahu hati ini tidak terlalu mengharapkan benda yang tak pasti. mahu bersedia satu hari nanti yang jodoh ini bukan milik kita.tapi awak tak faham kan?

sudah lama kita tidak gelak bersama. sudah lama aku tidak tatap muka kau. sungguh rindukan waktu itu.
tapi bila tadi kau dingin dengan aku. aku rasa seperti i'm very stupid girl that call you.

hahahhahah!
aku ada angan-angan dimana kau tidak pernah jemu untuk mencuit hati aku seperti dahulu. walaupun aku akan ego mengatakan entah apa-apa. tapi kau tetap senyum. aku ada angan-angan dimana kau suka membuat aku muncung dan kata kau jahat. walaupun aku kata sebegitu tapi kau tetap buat aku semakin merajukkan.
aku ada angan-angan dimana kau sentiasa mahu aku menyintai kau walaupun aku kata tidak. tapi kau tetap mengetahui hati aku.

tapi kau bukan superman yang boleh tahu isi hati manusia. aku tahu itu.aku cuma mahu kau buat begitu walaupun aku sekeras batu dan sekaku kayu. walaupun aku dingin, di sudut kecil hati aku, aku sentiasa mengharapkan kau bersabarlah dengan aku ini hinggalah hari yang boleh menjaminkan hubungan kita. bila ia berlaku, percayalah yang aku akan berubah menjadi yang terbaik walaupun tidak sempurna yang kau impikan. percayalah yang aku tidak pernah jemu menyintai kau walaupaun kau tidak seromantik jejaka yang aku inginkan.dan percayalah yang cinta ini tidak akan berubah walaupun sekali.

aku suka bila kau perasan akan diri kau. walaupun aku akan kata entah apa-apa. tapi kau ketawa dan hati aku pun ketawa.

maaf kerna aku sungguh pelik bila dengan kau. aku menjadi gadis besi yang tidak boleh langsung dilebur. maaf. aku sendiri tidak tahu mengapa aku wujudkan tembok antara kita.maaf.

awak, maafkan saya kerna tidak sempurna. maaf kerna saya tidak beri yang terbaik. maaf kerna saya banyak buat awak makan hati. maaf saya manusia pentingkan diri sendiri.

tapi awak, cinta bukan perkara yang boleh dibuat main. saya mahu memberikan cinta saya pada suami saya saja. itu impian saya.

maaf jika kata-kata ini membosankan awak. tiada apa cuma saya harap awak sentiasa selamat dilindungi Allah Taala. semoga awak dapat yang terbaik. amin ya rabbalalamin.


❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Usagi Sailor Moon - Link Select