Wednesday, December 7, 2011

✖ ketidakpuasan hati ✖

1 cinta utkku
janji. aku tahu kau pernah berjanji kau tidak akan tinggalkan aku. tapi kenapa sekarang kau mendiamkan diri kau. kenapa? aku mencari kau bagai orang tiada matlamat hidup. tapi kau masih hilang begitu sahaja. kau lupakah hari bahagia itu bakal tiba, kenapa kau buat aku menanggung semua derita ini sendiri?

kenapa?

diamnya dirimu, hilangnya dirimu buat aku semakin beku dalam hati sehinggakan muncul satu perasaan yang sudah lama aku simpan dalam peti hati. ya. ego aku muncul semula. emosi aku tidak menentu lagi. pasti aku beku dan dingin bila kau muncul semula.

aku bukan tunggul kayu. aku bukan batu ditepi jalan. kau sepak bila kau mahu sepak. kau pijak bila kau mahu pijak. dan kau biarkan aku ditepi jalan bila kau rasa kau sudah temui batu sungai yang lebih indah dan kau simpan ia dalam akuarium mu.

tidak. aku bukan tunggul kayu. aku bukan batu ditepi jalan. aku manusia. aku seorang gadis yang ada hati dan perasaan. aku seorang perempuan yang ingin menjejaki kaki ke alam wanita.

bukan sengaja aku tidak puas hati dengan apa yang aku ada. aku puas hati. aku bersyukur sangat-sangat. tapi bila kau buat aku seperti manusia mesin. aku mengundur diri. cukuplah. janganlah kau berjanji manis lagi dengan aku. cukuplah disini.

aku sudah penat mengikut kau. sekejap kau kata utara. sekejap kau kata selatan. bila aku keliru dan marahkan pendapat itu. kau kata aku kata bukan-bukan.

terima kasih. terima kasih. jangan salahkan aku andai hati ini sudah tertutup untuk kau.

usahlah kau menagih pada aku apa-apa pada hari bahagia aku. aku tidak mahu berjumpa dengan kau.


❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤

✖ suatu ketika aku ditepijalan ✖

0 cinta utkku
aku mengayuh basikal ditepi jalan itu. tiba-tiba sebuah lori besar yang laju telah meniup aku hingga aku jatuh dari basikal. lihat ditangan aku ada luka dan berdarah. aku terjatuh di atas batu besar. kelihatan darah semakin banyak keluar.

tiba-tiba kau muncul dan membantu aku. kau pinta kawan kau untuk hantar basikal aku ke kedai yang berdekatan untuk baiki. tapi aku, kau ngendong di basikal kau dan bawa aku ke klinik kesihatan untuk rawatan.

aku diam waktu itu. terkedu sebenarnya. sudahlah aku tidak mengenali kau. tapi boleh pula orang yang asing membantu aku. di klinik aku menelefon keluarga aku dan menceritakan semua itu. mereka kata, mereka akan datang menjemput aku. aku mengucapkan terima kasih pada kau dan dari suara aku mahu kau beredar. tapi kau kata tidak mengapa dan kau mahu menunggu aku.

merah wajah aku. jantung berdengup kencang bila ada orang yang sungguh ikhlas membantu aku. bila aku keluar dari bilik rawatan,aku lihat kau borak dengan bapa aku. terkejut aku. manakala ibu aku memandang aku dan tanya doktor tentang keadaan aku.

doktor cuma katakan jahitan itu kecil sahaja. kulit terkoyak sedikit. aku hanya senyum hambar pada ibu aku untuk menunjukkan yang aku tidak sakit. pandai tidak aku berlakon?

bila kau sudah tahu keadaan aku, kau beredar tanpa aku mengetahui nama mu. tiba tiba bapa aku sebut nama kau. dan disitu aku mengetahui nama kau.dan aku tersenyum kerna dapat tahu nama kau.

seminggu sudah berlalu selepas kejadian itu, dan seminggu juga kita tidak bersua muka. dan seminggu itu juga aku lalu ditepi jalan tempat dimana kau selamatkan aku. rindu pada kau? mungkin.

setiba dirumah aku terlihat ada sebuah kereta dihadapan rumah. aku ingatkan sahabat bapa aku. bila aku masuk dan bapa aku memanggil nama aku di ruang tahu, rupa-rupanya kau tetamu bapa aku. terkedu aku. bapa cakap bapa menjemput kau makan malam bersama sebagai balasan kau menyelamatkan aku. aduh! malu aku.

sewaktu makan aku menjadi pendiam. ibu kata, aku tidak pernah berdiam semasa makan. ada sahaja cerita aku di tempat kerja. ditepijalan dan dimana-mana sahaja aku pergi seharian. aduh! ibu ini suka buat aku malu sendirian.

usai makan, kau berborak di ruang tamu dengan bapa aku. aku di dapur membantu ibu. ibu suka menyakat aku. konon ingin jodohkan kami. ah! sudah-sudahlah ibu. jangan buat aku berangan keseorangan. tapi bila aku fikir semula, apa salahnya jika dia jodoh aku. rupa ada, harta ada, hati pun ada. ah! bermulalah berangan aku. oh tidak!

esoknya aku masih lalu di tepi jalan itu dengan basikal aku. tiba-tiba kau hon aku dengan kereta kau. terkejut aku dibuatnya nasib tidak terjatuh basikal lagi. kau campak sehelai kertas dibaluti batu pada aku. batu kertas itu betul-betul jatuh di tepi basikal aku. aku kutip dan baca, kau pinta aku menunggu kau di tepi jalan itu. maka, aku menunggu kau ditembok tepi jalan itu supaya aku tidak dilanggar kenderaan lain.

5 minit aku menunggu. akhirnya kau muncul, dengan senyuman yang cukup manis. malu aku untuk menatap kau lama-lama. kau hadiahkan aku sekuntum bunga.terpaku aku seketika. dengan senyuman tidak seberapa, aku terima hadiah kau itu. lalu kau pergi. aku terkejut. kau cuma beri salam saat jumpa, dan saat kau mahu beredar. di bunga itu ada kad, kad itu mengatakan sudikah kau berkawan dengan aku.

dengan senyuman paling lebar aku dan aku jawap YA didalam hati. sungguh indah perasaan itu.

perkenalan kita terjalin selama dua bulan. suatu hari kau kata mahu jumpa aku di tepi jalan esok petang. tapi petang itu aku tiba lewat kerna aku ada banyak kerja perlu aku selesaikan.

bila saat aku tiba ke sana, dengan penuh laju aku mengayuh basikal, aku terlihat dengan mata aku sendiri saat kau dilanggaar sebuah lori yang dipandu oleh seorang pemabuk. waktu itu kau mengutip kotak yang jatuh di tepi jalan tembok. kotak baldu merah.

terhenti aku. dan dengan tiada semangat, aku pun jatuh buat kali kedua dan tidak sedar diri.

setelah aku sedarkan diri, aku lihat aku bukan dibilik aku. ibu kata aku dihospital, aku kata pada ibu yang aku mimpikan kau kemalangan. dengan muka sedih ibu mengiyakan kata-kata aku. hampir hilang kewarasan aku. aku pinta pada ibu mahu berjumpa kau. ibu kata kau di bilik rawatan kecemasan kerana kau koma. saat itu aku lihat, rupa kau banyak berubah kerana luka yang teruk. amat teruk pendarahan di otak yang kau alami.

aku menangis semahunya. sambil berkata aku sayangkan kau dan aku mahu kau sedar. bila aku kata sebegitu, aku lihat mesin nadi mu terhenti. aku terkedu. ibu cepat-cepat memanggil doktor. jururawat meminta aku keluar. dengan longlai dan air mata aku keluar. aku kelu lagi. bapa datang bersama kedua orang tua kau, ibu kau memeluk erat aku dan juga adik kecil kau. bapa aku hanya mampu menepuk bahu bapa kau untuk memperbanyakkan bersabar dengan dugaan ini. bapa kau pandang wajah aku yang sugul. aku tidak mampu senyum. hanya air mata aku beri.

tidak lama kemudian doktor keluar. dia menggeleng. aku hampir rebah tapi nasib ibu menyedarkan aku.doktor tidak dapat menyelamatkan kau kerna pendarahan kau amat teruk. menangis ibu, bapa dan adik kau. aku memeluk ibu kau dan kami menangis bersama.

di pusara, aku mengiringi jasab mu ke kubur. tiada air mata saat itu. kerna aku tidak mahu buat kau sedih. sesungguhnya tidak sepatutnya aku meratap seseorang yang telah pergi untuk mengadap Ilahi. aku bersyukur kerna Tuhan amat menyayangimu.

sudah sebulan pemergian kau selamanya. aku masih lalu disitu. setiap kali aku lalu, pasti air mata aku jatuh tanpa aku sedar. aku tidak mampu memutarkan masa. cuma aku mampu kata, kalaulah aku datang awal. kalaulah!

semua sudah terjadi. ditepi jalan itu kita berjumpa, ditepi jalan itu kau mahu berkawan dengan aku, ditepi jalan itu nyawa kau tiada. dan ditepi jalan itu, aku masih menanti kau.




~THE END~

❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Usagi Sailor Moon - Link Select