Wednesday, November 30, 2011

✖ jatuh cinta dengan kekayaan? ✖

0 cinta utkku
manusia seperti aku tidak layak mendapat yang terbaik.
cukuplah kawan aku sahaja.

aku ada seorang kawan. dia mahu kahwin. ada lagi beberapa hari sahaja untuk hari yang penuh bermakna bagi dia. bakal suami dia adalah anak kepada orang ternama.

cemburu tak kalian? sesungguhnya aku merasa cemburu.

kerna dahulu lagi aku sudah berangan-angan mahukan anak ternama berkahwin dengan aku.
kawan aku berhak mendapat yang terbaik. dia berhak. kerna dia sudah tiada seorang ibu. maka dia layak yang terbaik.

tahniah kawan. kau layak sepenuhnya, tapi ini bukan kerna itu sahaja. ini kerana kau telah ditakdirkan mendapat ornag itu.

tahniah. aku berdoa untuk mu.

bila kawan amhu kahwin, aku pun mahu juga. bila kawan mahu nikah. aku pun mahu juga.

aaaaaaaaaaaaaaahhhhhhhhhhhhhh!

aku manusia yang tiada pendirian! shit!

cuma angan-angan aku mendapat anak ternama tidak tercapai.

tapi kenapa aku mahu orang yang ternama? kenapa? adakah kerana kekayaan meraka?

yaa! mungkin sebab aku ini mata duitan. tidak berhak mendapat yang seprti itu.

tapi...

aku bersyukur kerana telah bertemu lelaki yang terbaik. walaupun dia tiada kekayaan yang melimpah. tapi aku jatuh cinta pada ilmu dia. itu sudah mencukupi bagi aku.

jangan jatuh cinta dengan kekayaan. kerna ia tidak menjamin kebahagiaan!

❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤

Tuesday, November 22, 2011

✖ Nadi aku ✖

0 cinta utkku
aku hela nafas.
aku hembus nafas.

tapi

bolehkah aku tahan nafas aku?
aku tidak mahu udara itu keluar dari jantung dan hati aku.
aku mahu ia sentiasa di dalamnya.

mana mungkin sebegitu.
yang mungkin jika sebegitu adalah mati.

sempurnanya cinta yang diberi seperti udara yang aku hela.
sakitnya cinta diberi seperti udara yang dihembus sewaktu selepas kita berlari.
penat bukan?

aku sayangkan dia seperti nadi aku.
jantung aku ini hanya dia saja yang boleh mengawal.
tiada lain
hanya dia.

tapi sayang, aku tahu aku bukan nadi dia. dia masih boleh berdiri utuh tanpa aku.
tanpa sedikit cela pun.
hebat kan?
tapi hati dia yang remuk siapa yang tahu kan?

andai dia bukan milik aku pun.
aku akan mencari nadi yang sememangnya untuk aku.
akan ada nadi untuk aku.
untuk aku meneruskan kehidupan.

akan ada. dan aku akan terus menunggu,

❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤

Wednesday, November 9, 2011

✖ ego itu kembali ✖

0 cinta utkku
*waktu aku mahu bikin ayat ini masa aku di opis. nasib bos aku tidak perasan. nasib jugak air mata tidak menitik.tiada apa. cuma aku perlu luahkan.*

wahai ego,
kenapa kau datang?

wahai ego,
apa tujuan kau muncul semula?

wahai hati,
kenapa kau panggil ego kembali?

wahai akal, bantulah aku.
aku buntu.
aku kelemasan.

wahai jiwa,
marilah kita memperbanyakkan mengucap.
dengan harapan, syaitan tidak terus menusuk jiwa.

wahai ego,
setelah lama aku tinggalkan kau, kau muncul kembali.
untuk apa?

semua pahit, manis, masam dan masin yang aku telan seorang tanpa berkongsi dengan siapa-siapa pun.
mungkinkah kerana aku terlalu pendam semua hinggakan ego pun kembali?

kenapa pelu ada ego saat jiwa dan hati merana dan derita?

hati kata, kau cintakan dia.
ego melawan, tidak! kau tidak cintakan dia. dia bukan untuk kau.

luahan ego.
lupakah kau tentang penderitaan hati kau selama ini?
lupakah kau betapa terseksanya kau tanggung semua keegoannya?
lupakah kau yang dia sedikit pun tidak pernah ambil peduli tentang kau?
lupakah kau yang tiada satu pun dia sanggup lakukan demi kau?
lupakah kau yang dia sememangnya tidak cintakan kau?

terpana. tersungkur. terbaring di atas tanah.
memang ada benarnya kata-kata ego.
memang ada benarnya.

saat itu hingga kini,
aku membiarkan 1000 soalan dalam hati dan akal aku.
aku membiarkan ia tergantung tidak bertali.
tiada jawapan.

biarlah. aku malas mahu mencari jawapan itu.
semuanya tidak berguna untuk aku lagi.

biarlah TUHAN yang membantu aku mencari jawapan itu.
InsyaAllah semuanya pasti akan terjawap.
ya. aku yakin, pasti akan terjawap.

ego, mari kita pergi.
urusanmu telah selesai.

hati, berhentilah menyintai dia.
akal, berhentilah memikirkan dia.

tapi

dan

❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Usagi Sailor Moon - Link Select