Tuesday, August 30, 2011

✖ Sebelum ini kita tak pernah raya bersama ✖

0 cinta utkku
suatu petang di bulan puasa. saat menanti waktu berbuka, aku menelefon kau. bertanya tentang raya bakal tiba. bertanya tentang rancangan di hari raya kita. senyum. gembira. walaupun hanya berdua. tapi bahagia.

tiba-tiba kau retakkan hati aku dengan kata-kata kau. "sebelum ini kita tak pernah raya bersama kan?"
aku? kelu. membisu. hati bagaikan ditusuk pilu pedih. jiwa menangis. akal terdiam. aku mengigit bibir. ingin menjawap tapi tidak tahu apa. maka aku terus matikan talian.

menangis. tapi tak mampu. meraung tapi untuk apa?
mungkin memang benar sangkaan aku. kau tidak pernah mencintai aku. mungkin tahun-tahun lepas kita ada keluar beraya bersama. walaupun hanya dua buah rumah tapi ia masih bukan beraya bersama kan?

aku tidak mungkin melupakan ayat ini. tidak tahu sampai bila aku mampu berdendam. sakitnya hati aku kau buat aku tergedik sendirian. seperti aku saja yang terkejar-kejarkan kau. seperti aku saja yang beriya-iya mahu beraya dengan kau.

sudahlah. aku tidak mampu lagi. setiap kali kau menelefon aku. aku cuba berbaik dengan kau. aku cuba bercakap lembut seperti pasangan kekasih yang lain. aku cuba. tapi aku tidak mampu melindung hati itu. aku tak mampu. awan hati aku terlalu nipis. bila-bila saja hujan akan turun membasahi pipi aku.

andai kau nak datang beraya, datanglah. dan pulanglah selepas habis menetap di rumah ini. aku tidak mahu beraya dengan kau. tidak seperti tahun-tahun lepas. kerna kau cakap kita tidak pernah beraya bersama.

soalan: tahun-tahun lepas aku beraya dengan siapa? baju warna sama. sedih hati ini. awak tak tahu kan?


❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤

Monday, August 29, 2011

✖ cintakan kamu tapi ✖

0 cinta utkku
kau cintakan aku.
aku tahu.

kau sayangkan aku lebih dari diri kau
aku tahu.

tapi yang aku tak tahu
sama ada aku mampu atau tidak mencintai kau.

aku takut.
aku tidak mampu menandingi cinta kau yang agung itu.

aku takut.
kau akan runtuh bila dapat tahu yang aku tidak mampu menyintai kau.

tapi
aku tahu kau tabah.
aku tahu kau akan mampu berdiri tanpa aku

maafkan aku andai aku tidak menyintai kau
bukan aku tidak pernah mencuba
setiap saat aku mencuba untuk memberikan yang kau mahu.
tapi setiap saat itu jugalah aku gagal.

kau baik.
aku tahu.
andai itu setiap gadis mahukan dari kau.
aku faham
tapi.
aku tidak faham apa yang tiada pada kau hinggakan aku tidak mampu menyintai kau.

keliru.
kelu.
kaku.

aku sudah tidak mampu menatap wajah kau lagi.
cukuplah sampai disini.

maafkan aku.
aku tidak mampu menyintai kau.
tapi
aku selalu mengharap yang aku mampu menyintai kau
seperti mana kau menyintai aku!


❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤

Saturday, August 20, 2011

✖ si bodoh ✖

1 cinta utkku
Siapa si bodoh itu?

Kau atau aku?
Atau dia?

Kau diam.
Aku mengetap bibir.

Dia merenung tanah. 
Entah apa yang ada di tanah pun aku tidak mengerti.

Aku tidak sangka kau mungkir janji kau.
Aku beri kau emas tapi kau beri aku taik.
Musnah semua fantasi aku dengan kau.
Tidak mungkin menjadi di bumi nyata kita.

Aku berpaling dan aku benci kau sampai mati.
Kau konon mahu merahsiakan hal ini sebab mahu menjaga hati aku.
Selama 5 tahun kau tipu aku.

Tak sangka
Yang bodoh itu adalah 
aku!


❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤

Thursday, August 18, 2011

✖ ingin dimiliki ✖

0 cinta utkku
sekuntum bunga ros merah kau hadiahkan pada aku saat perkenalan pertama kita. aku senyum. aku suka. hati melonjak gembira.

kau berikan aku patung kecil dan ikat di telefon bimbit aku. comel patung itu. kau senyum. dan aku tersipu malu.

kau kata, kau suka berkawan dengan aku kerna aku melengkapkan hidup kau. aku senyum tersipu malu.

di saat aku sudah tidak boleh simpan perasaan cinta ini, aku luahkan pada kau yang aku amat menyintai kau. kau kelu. kau terpana dan kau lari. aku remuk di hati

suatu hari kau menghilang. aku cuba mencari kau tapi tidak jumpa. aku terpana. aku menangis. aku sepi.

aku cuba jalani hidup aku tanpa kau. aku cuba melupakan kau. aku cuba bernafas tanpa kau.

tiba-tiba kau muncul. kau memegang tangan aku. mata kau merah. kau berikan aku sekuntum bunga merah. kau senyum. kau kata, kau mahu miliki cinta aku. aku menangis tapi senyum.

bunga ros merah ada di atas katil kita. selepas Isyak tadi kau baru sahaja selesai melafazkan akad nikah di majlis kita. kau senyum puas. dan aku malu dan diam.

dalam pelukanmu, aku bertanya, kenapa kau lari dari aku masa hari aku meluahkan perasaan aku? dengan nafas berat kau jawap, kau lari sebab aku terlalu sempurna untuk kau, dan kau tidak layak menerima cinta aku yang sungguh hebat. tapi sejauh mana pun kau lari, kau sentiasa mengingat pada aku. sebab itu kau pulang untuk miliki cinta aku sebelum kau menyesal.

mata aku merah. tanpa sedar, pipi aku basah. dan kau sapu air mata aku dan kucup dahi aku.

di pagi harinya seusai solat Subuh dan kau menjadi imam aku dalam solat itu, aku bersiap ingin menyediakan sarapan kau. tapi belum sempat aku bangun dari katil, kau menarik tangan aku dan berikan aku sekuntum bunga putih yang segar. di fikiran aku pelik dari mana suami aku mendapat bunga yang masih segar ini.

sambil menghulurkan bunga kau kata, cinta kau pada aku tidak akan pupus hingga nafas kau yang terakhir. sekali lagi air mata aku gugur. sunggguh suci cinta kita ini. sungguh murni.

wahai suami ku,
andai benar cinta ini cinta pertama dan terakhir aku.
tunggulah aku di syurga.
kerna aku harap cinta ini cinta abadi.
hanya kau suamiku di  dunia dan akhirat.

*qku belum kahwin. tapi teringin cinta yang seindah ini. I wish!*
❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤

Wednesday, August 17, 2011

✖ belum tiba masa itu ✖

2 cinta utkku
Untung kau masih boleh menikmati hari-hari muda mu.
Untung kau masih boleh disayangi walaupun kau rasa tidak mungkin terjadi.
Untung kau masih boleh merubah hidup kau.

Tapi
kau tidak sedar semua itu bukan?
Kau masih tidak reti bersyukur bukan?
Kau masih belum matang bukan?

Kesentapan berlaku.
Salah siapa?
Tidak salah kau ingin menjadi dewasa.
Tidak salah kau ingin berkawan dengan orang dewasa.
Tapi pemikiran kau masih belum dewasa.

Kalau orang lain mahu putarkan masa betulkan keadaan lalu.
Kenapa kau tidak menghargai semua itu?
Kerna kau masih boleh memperbetulkan keadaan kau.

Gelaran panggilan memang tidak penting.
Tapi yang penting adalah gelaran itu adalah tunjuk tanda hormat sesama manusia.
Sahabat memang penting.
Tapi sahabat paling sebenar adalah adik beradik.

Aku tidak melarang kau berkawan dengan orang dewasa.
Tapi ambil yang putih sahaja bila berkawan dengan mereka.
Bukan kisah hitam mereka.
Sebab setiap manusia nasib mereka berlainan.

Jangan menyesal dengan pemilihan jalan hidup kau.
Kerna kita tidak boleh mengundur.

Kan elok bermanja.
Akan disayangi.

Manusia memerlukan kasih sayang untuk terus hidup lama.

Tapi satu soalan.
Perlu sangat ke kau dilayan seperti dewasa?
Sedangkan kau belum capai setahun jagung.
Bersyukur dengan apa yang ada.
Bukan menrungut mahu mejadi tua.


❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤

Thursday, August 4, 2011

✖ Ogos dan Puasa ✖

0 cinta utkku
selamat datang duhai Ogos dan Ramadhan.
jemputlah diri anda datang ke bumi yang penuh dengan dugaan dan ujian-Nya.
yang apsti, semua benda yang berlaku pasti ada hikmahnya.

dan kita sudah pasti yang semua jin dan syaitan telah dikurungkan oleh Allah SWT di dalam neraka.
maka tertutuplah pintu neraka sepanjang bulan puasa.

dan ini lah terbukti ingin menguji ketabahan manusia menahan diri dari nafsu dalam diri.
dan juga keimanan dalam hati.

tanpa pengawalan nafsu dan ekkuatan iman,manusia sememangnya hancur dan musnag,maka kiamatlah dunia ini dalam sekelip mata.

ogos juga dikenali sebagai bulan patriotik, kerna bulan inilah kita menyambut bulan Kemerdekaan. kita patut mengenang jasa pahlawan-pahlawan tanah melayu kita kerna sanggup mengorbankan nyawa demi mempertahankan negara kita.tanpa mereka sudah pasti hingga sekarang negara kita masih dijajahi.

sekian~

SELAMAT BERPUASA DI BULAN RAMADHAN YANG MULIA INI.
jangan poteng-ponteng.



❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Usagi Sailor Moon - Link Select