Tuesday, July 19, 2011

✖ air dan minyak ✖

0 cinta utkku
kau membawa secawan minyak dan segelas air.kau kata pada aku,minyak dan air boleh bersatu.aku kata,tidak boleh.kau tetap ingin tunjukkan aku buktinya.kau tuang minyak dalam gelas yang berisi air.dan kau kacau bahan itu dengan sebatang kayu bersih.kau kacau dengan penuh sungguh-sungguh.molekul-molekum minyak semakin berpecah.tapi air tetap sebegitu.

kau kacau hinggakan kau kepenatan,kau berhenti.dan terlihat yang minyak dan air tetap tidak boleh bersatu.kau kecewa.kau hampa.kau ingin membuang gelas itu,tapi aku hentikan tindakan kau.dan aku ambil gelas dari tangan kau,dan satu gelas kosong yang lain.aku tujukan gelas-gelas itu pada kau,sambil berkata,cubalah asingakn minyak dengan air.

kau cuba dan cuba.tapi minyak dan air itu tetap melekat bersama.sukar sungguh nak pisahkan.kau mencuka.dengan senyuman aku berkata, ini terbukti cinta kita,bila ia sudah bersatu,sampai mati pun ia masih bersatu.

akhirnya kau tersenyum lebar dengan kelopak mata yang sedikit berair.

walaupun kau minyak dan aku air tidak boleh bersama.tapi cinta kita seperti minyak dan air,bila bersatu,ia akan kekal bersatu,


❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤

Saturday, July 16, 2011

✖ saat aku perlukan kau ✖

0 cinta utkku
aku jarangh pinta pertolongan kau.
sebab aku tahu kau sibuk dengan dunia kau.
aku mengerti.
aku terima.
aku diam.
walaupun ada masanya aku amat-amat memerlukan kau.
tapi aku gagahkan juga tanpa kau.
kerna kau sibuk dengan urusan kau.

tapi.
ada masa itu aku memang tidak boleh tiada kau.
aku perlukan kau.
aku perlukan kau walaupun sesaat.
tapi kau kata kau tidak boleh.
aku diam sekali lagi.
aku membisu.
aku menangis di belakang kau.
kau tidak pernah ambil peduli.
kau biarkan aku dan kau kata aku budak manja.
dengan air mata,aku tersenyum.

walaupun kau tiada masa untuk aku.
adakanlah masa untuk menghubungi aku.
dengar cerita aku.
dengar ketawa aku
dengan tangisan aku.
tapi.
kau tidak ambil peduli langsung.
menangis aku terdiam.

aku boleh terima kalau kau buat begitu pada aku sekali-sekala.
tapi aku sudah tidak boleh berdiri jiika ini kerap saban hari berlaku.
susah sangat ke tolong aku?
kau kata kau cintakan aku.
tapi itu semua hanya palsu.
aku pinta semua dari kau sebab aku kerap merindui mu.
tapi kau tak faham.

kau selalu suruh aku sabar.
aku sabar.

sudahlah.
biarlah aku.
lupakanlah saja.
aku mahu bersendirian.

❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤

Tuesday, July 12, 2011

✖ should I or don't? ✖

0 cinta utkku
Aku tahu aku tiada hak mahu mengambil tahu hal dia.
Tapi aku mahu tahu apakah kita masih kawan atau tidak?
Andai tidak.
Katakan tidak.
Diam seribu bahasa tidak membantu langsung.

Aku buntu.
Aku keliru.
Aku sesat di jalan persahabatan kita.
Aku sesat di planet sahabat kita.
Kau tinggalkan aku di ruang angkasa yang tiada udara untuk aku bernafas.
Kau tinggalkan aku terapungan tanpa apa-apa pautan.

Ingin aku soal tapi tiada daya.
Ingin aku memulakan bicara tapi ketakutan.

Haruskah aku berpura-pura?
Anggap yang kita masih kawan tapi tidak seperti kawan.
Atau
Haruskah aku melepaskan kau?
Anggap yang kita dahulu,kini dan selamanya tiada apa-apa?

Tolong jawap soalan aku.
Tolong jangan jadi kejam.

❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤

Sunday, July 10, 2011

✖ tiba bulan baru ✖

0 cinta utkku
kini tibanya bulan julai.
tiada apa yang istimewa untuk bulan ini kecuali.
air mata jatuh semula lebih banyak dari jun.

aku banyak melepaskan isi hati aku di facebook.
ya.
facebook ada note.
disitu aku meluahkan karya aku.
segalanya disitu.
sepi pula belog aku ini.

nanti jika kesempatan,
aku mahu copy paste saja dari fb ke blog ini.
itupunb jika aku rajin.

aaaa!
i miss all my friends.
all of you.
now,
i have to go to my class.
bye2.

❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Usagi Sailor Moon - Link Select