Monday, April 25, 2011

✖ tanpa mereka ✖

0 cinta utkku
Langit menangis saat mentari hampir pulang..
Saat itu, aku ternampak kedua-dua orang tuaku sedang membawa rezeki mereka dengan penuh berhati-hati..
Aku melihat dan terdetik jiwa aku yang hampir membuat mata aku basah..

Aku berasa sayu melihat mereka dibasahi oleh rahmat Tuhan..
Baru aku sedar betapa sukarnya mereka membesarkan kami..
Melaut jiwa ini memandang mereka hinggakan aku tidak mampu memandang lama-lama..

Bukan senang mencari rezeki..
Bukan senang membesarkan kami..
Bukan senang ingin memberi yang terbaik untuk kami..

Aku tahu bapa aku bukan seorang saudagar kaya..
Aku tahu mama aku bukan wanita korporat..
Tapi seadanya mereka,sudah cukup bagi aku..

Teringat aku masa kecil,
Mereka cuba memenuhi permintaan gedik aku..
Teringat juga waktu itu,
Mereka cuba pujuk aku kerna kedegilan aku..

Kini…
Aku cuba sebaik mungkin membalas jasa mereka.
Duitan bukan caranya…

Tapi…
Doa dan kasih sayang hanya untuk mereka..
Mereka ibu bapa ku..

Love them because Allah SWT.
Love them because I'm proud to be their daughter.


❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤

Thursday, April 21, 2011

✖ you said I don't care about you ✖

2 cinta utkku
sebelum mulakan entry ini..menangis-menangis aku depan pc kat opis..masa itu aku tengah keje..nasib baik bos tak perasan..hmm....

1 question always in my mind.
Why you want to care about me anymore?

Last time you said that, you don’t want to care about me.

You know what…
Your words..is killing me…
I still didn’t know why I still love you..

I think that..i like to hurt my feeling..hurting it until I cannot love you anymore..
Just like my previous love story.

Bila aku bagi semula kata-kata kau..
Kau merajuk..
Bila kau kata sebegitu pada aku..
Aku telan…...

Aku memaksa diri aku menelan semua…
Menelan benda yang tidak patut aku telan…
Kau telah membunuh aku..

Makin aku mendiamkan dir..
Semakin melampau ayat kau pada aku…

Ingat..
Aku diam bukan kerna kalah…
Aku diam kerna mahu lihat sampai bila kau mahu tepuk dada kau..

Sekali lagi aku mahu ingatkan kau..
Hidup mati aku..
Sihat sakit aku…
Tidak usahlah kau peduli..

Sebab aku tahu..
Diri aku sudah tidak penting pada kau bukan?
Sudah tidak seperti dulu yang kau selalu kata aku madu dalam hidup kau..
Tapi…
Kini aku rasa yang aku hanyalah labah-labah dalam hidup mu..

tidak mengapa...aku berdiri selagi mampu...
tidak usahlah kau peduli tentang aku..


❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤

✖ pressure make me going insane ✖

0 cinta utkku
I know that you busy in your life..
But I always busy to fall in love with you all the times..

Kesibukan kau kerja tidak pernah mengugat hati aku..
Because love is blind.

I know in day you busy doing your work.
But me always patient with all my heart..

I’m waiting you back from work
Then I will call you..

Every evening, I call you and asked where are you..
You always said that you driving back home…

Walaupun perbualan itu seketika…
Tapi hati aku cukup puas dan aku hanya mampu mendoakan dari jauh semoga perjalanan kau lancar…

Hanya bila matahari jatuh sahaja kau ada masa untuk aku..
Walaupun kadang kala sikap kau seperti acuh dan tidak acuh, aku tetap sabar…
Hinggakan aku kecil hati dengan sikap mu tapi aku mengalah jua…

kini....

Aku buntu dengan sikap mu..
Air mata sudah menjadi aliran utama sungai…
Kadang kala tempat bersihkan diri aku juga tempat aku membasahkan muka ku dengan air mata..
Sebelum aku beradu juga aku membasahkan temanku…

Aku sudah tiada kata-kata untuk mu…
Jadi aku buat keputusan..
Biarlah aku menelan semua paku ini..
moga ia boleh memecahkan hati aku pada mu


❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤

Wednesday, April 20, 2011

✖ stop ✖

0 cinta utkku

Aku mempunyai satu sifat yang tak mungkin berhenti mencintai bila aku sudah mula mencintai orang itu…
Dan..
Aku ada satu sifat yang bila aku sudah nekad untuk berhenti menyintai dia maka sampai bila-bila pun aku tak akan menyintai dia…

Sedih bukan hidup aku??
Aku cuba menjadi seperti kawan-kawan aku..
Bila kecewa,ada teman baru, senang saja mereka berubah hati..

Tapi…
Tidak pada aku..
Aku perlukan masa untuk menyintai orang itu…
Tapi…
Bila hati sudah mula menyintai..
Aku akan terus setia dan menyintai dia sepenuh jiwa aku dan tidak akan berhenti menyintai dia walaupun sesaat.

Aku bukanlah seorang gadis yang bertuah Bila menyintai orang itu..
Org itu akan menjaga hati aku seperti mana aku menjaga hati dia..
Tidak!
Dia tidak seperti itu..

Sedih bukan?
Aku adalah si malang yang tidak pernah mengerti erti berhenti menyintai seseorang bila mula jatuh cinta…
dan aku...
Aku adalah manusia yang akan berhenti menyintai seseorang itu bila dia mula menyakitkan hati aku tanpa belas kasihan.

Ingat satu pesanan ku..
Jika hati ku mula luka sedikit demi sedikit kerana sikap kau..
maka....
Cinta aku pada mu juga akan hilang sedikit demi sedikit…

❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤

Tuesday, April 19, 2011

✖ dia tak akan faham ✖

4 cinta utkku
aku tak tahu mahu mula dari mana...
cuma aku boleh berkata..
dia tidak akan faham...

aku sendiri tidak mengerti..
merajuk kerna sikap dia..
tapi rajuk aku hanya seketika..

tapi dia....

dia tidak faham tentang semua ini...
apa yang dia tahu tentang hati aku?

sukarkah memahami perempuan?
satu aku nasihat..
ikut saja kata-kata dia...
andai dia merajuk walaupun salah dia...
tegurlah dia secara lembut...
bagi dia berfikir..

tapi...
ini bukan salah aku..
cuma...
aku perlu menyendiri seketika..
tapi kau...

aku tidak faham kenapa sejak menjak ini kata-kata kau suka sakitkan hati aku..
aku sendiri tidak mengerti..
aku buntu....
aku sedih kau bersikap macam ini..

sudah banyak kali aku mengalah..
tapi kau tidak faham...
aku cuba faham walaupun makan dalam..

tapi kau tetap sakit kan hati aku tanpa belas kasihan...

kau kejam..
kau memang kejam...

lama-lama..hati aku seperti kosong..
lama-lama..aku tidak kisah kau wujud atau tidak..

sebab aku sudah penat bertahan..
aku sudah tidak mampu...

lepaskan aku..



❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤

Monday, April 18, 2011

✖ teman ✖

0 cinta utkku

aku ada teman...temani aku senantiasa walaupun sibuk dengan urusan masing-masing...
aku pernah menangis kerana cinta...
dan mereka yang menghulurkan tangan...
mereka selalu bersama..cuma aku sahaja yang sibuk dengan urusan kerja dan keluarga..

maafkan aku teman-teman ku...
diri ini begitu kerdil antara kamu..

tapi aku tahu..
kalian tidak pernah memilih teman..
kalian terima sesiapa sahaja asalkan teman itu jujur bukan?
tidak mahu teman yang selalu mereka cerita hanya inginkan teman yang ramai..

sungguh selesa hati aku dengan kalian..
kalian sungguh sempurna..
kalian menyempurnakan hidup aku...

aku tersenyum memandang kalian...

aku suka pada teman yang matang...dan bijak hadapi masalah..
yaa..kalian selalu juga punya masalah..begitu jua dengan aku..

tapi kita tetap teguh berdiri dan sentiasa cekal di hati..

teman-teman..
maafkan aku jika aku ada kasar dengan kalian..
atau kalian ada tersinggung..
atau membuat kalian marah
ata apa-apa pun jua yang telah aku melukakan hati kalian tanpa sengaja atau tidak...

harap kita akan kekal begini hinggalah anak cucu kita..

selamat malam teman-temanku..

Sadeline...Nabila dan Niya Adriana..
muahhhx!

❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤

✖ aku cuba ✖

0 cinta utkku
kt desktop lappy aku ada bunga..sepasu bunga dan ada berkuntum-kuntum bunga..walaupon bunga itu bukan bunga ros...tapi ia berwarna merah..cantik...

bunga itu kucup pada mulanya...tapi..bile aku gerakkan mouse atau pointer pada ia...keluar air untuk menyiram bunga itu...sedikit demi sedikit bunga itu mengembang...comel bukan??

tapi...bila aku menyiram bunga itu...hati aku terdetik...sesuatu yang membuat aku menangis secara tiba-tiba......

tiada siapa akan faham..tapi aku cuba untuk gembirakan hati ini walaupun hidup aku penuh dengan pura-pura...

aku suka bunga ros merah..cantik bukan???aku ada sehelai baju..corak nya ada gadis karton dan sekuntum ros merah..baju itu berwarna puteh..hanya bibir dan bunga itu saja merah..terletak di sudut tepi kiri pinggang aku bila aku memakainya..

bunga tak akan sentiasa kembang kan??begitu juga dengan perjalanan hidup kita..

tapi..aku cuba mengekalkan ia kembang walaupun ribut hampir menyabut akar aku dari tanah...

aki ingat lagi...sejak aku kenal dia..aku sudah tiada ramai kawan lelaki..yang ada cuma sekejap...dengan dia aku tetap kekal..tah la..hati aku sudah kosong...aku harap ia tetap ada isi..walaupun sekuntum bunga muda..

aku bukan seorang yang jiwang..dan aku bukan seorang yang pandai membina ayat..tapi...aku cuma manusia yang cuba untuk menjadi manusia yang perfect walaupun mustahil untuk menjadi perfect..

tapi...tak salahkan kalau kita cuba dan usaha...



❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤

Sunday, April 17, 2011

✖ separa ✖

0 cinta utkku
separa...
hidup takkan sempurna andai separa...
dunia sememang kosong andai separa..

aku cuba menjadikan hidup aku yang separa menjadi bulan mengambang..
indah bukan bulan itu??
sememangnya cantik di mata...

aku cuba mencari teman untuk penuhkan separa hidup aku...
tapi..aku masih gagal...

tapi..aku tak akan putus aku..
aku akan mencuba...dan
mencuba...

tanpa rasa jemu...

Allah SWT sentiasa membantu aku mencari separa aku..




❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤

Friday, April 15, 2011

✖ andai aku mampu putarkan masa ✖

1 cinta utkku
aku rindukan saat itu...
telah lama aku menanti kan saat itu...
ia kunjung tiba jua...

tapi...

saat itu datang pertama kali dan terakhir...
mungkin akan tiba...
tapi aku tidak tahu bila....

andai aku mampu putarkan masa...
andai aku mampu membaiki semua...
andai semua ini terjadi lagi...

ingin aku hentikan masa untuk saat gembira saja...
tapi..
mustahil untuk aku buat semua itu berlaku..
semua itu bukan kuasa aku...

aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!
sungguh aku benci bila perasaan ini tiba dan aku hanya mampu menatap dan menangis...
sungguh lemas seperti di dasar laut...

tapi sejujurnya...
aku merindui masa itu...


❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤

Tuesday, April 12, 2011

✖ berkata-kata ✖

0 cinta utkku
sesuatu mengusik jiwa aku...sesuatu buat aku terpaku...sesuatu buat aku terkedu...
semua nya tidak akan sama seperti yang aku impikan...
semua nya pasti berlainan....

cemburu ini melanda hati lagi....
kenapa!!!kenapa!!!
aku sendiri pun buntu...

aku masih takut dan ego dengan diri aku...
kalau diikutkan..aku sudah bahagia..
tapi..entah la...

aku mahu diamkan sahaja~





❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤

Thursday, April 7, 2011

✖ menipu memanjang ✖

0 cinta utkku
alah kau..menipu memanjang...ckp cm nih la..cm tuh la..
alih alih aku gak yang stupid..
puas hati kau???

aku pun xtau la ape masalah kau...
sume nih bullshit...
ahh!!
aku xde hal la idop tanpa kau...
ape kesah...
idop tnpa kau pon lg aman kn???

huh!!!
shit la!!


❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤

Tuesday, April 5, 2011

✖ dalam diam ✖

0 cinta utkku
tunggu dalam diam...
menangis dalam diam..
sakit dalam diam...
meraung dalam diam...

aku tak tahu sampai bila aku mampu untuk mendiamkan diri ini...
menunggu disapa...
tapi tiada apa...
menunggu ditegur..
tapi tiada juga..

haruskah aku mendiamkan diri menanti dia???
atau...
memulakan langkah perjalanan ini??
atau...
teruskan hidup tanpa dia???

aku buntu..
tiada bantuan..

lebih baik aku diam..


❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤

Saturday, April 2, 2011

✖ bila cinta ini ✖

0 cinta utkku
ttiba-tiba aku teringatkan lagu OST Lagenda Budak Setan..."Bila Cinta"...

aku jarang dengar lagu itu...tapi entah kenapa aku tengah melayan perasaan...tengah mengingati masa sedih...lagu itu yang menerpa dalam fikiran aku..

dalam diam...masa itu aku dalam kereta...nasib bukan aku yang drive...fikiran aku sangat-sangat melayang tanpa arah tuju...aku menyanyi lagu Bila Cinta dari mula hingga habis..tiada cacat cela nya...

ttiba-tiba aku sedar yang aku telah menghafal lagu itu dalam diam...

sungguh aku tak sangka lagu iotu bermakna buat aku juga akhirnya...

mood tidak menentu...makin teruk lagi-lagi bila akhir bulan...

si dia masih tidak mengerti semua ini...tidak mengapalah...biarkn saja..

*Tuhan, kalau dia bukan jodoh aku..jauh-jauhkan lah dia dari mendekati aku...tapi kalau dia jodoh aku,permudahkan lah kami dalam hubungan yang halal nanti...amin...
*kalau die bukan jodoh aku, hope dia jumpa wanita yang jauh lebih baik dari aku...

sekian~



❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Usagi Sailor Moon - Link Select