Monday, August 29, 2011

✖ cintakan kamu tapi ✖

kau cintakan aku.
aku tahu.

kau sayangkan aku lebih dari diri kau
aku tahu.

tapi yang aku tak tahu
sama ada aku mampu atau tidak mencintai kau.

aku takut.
aku tidak mampu menandingi cinta kau yang agung itu.

aku takut.
kau akan runtuh bila dapat tahu yang aku tidak mampu menyintai kau.

tapi
aku tahu kau tabah.
aku tahu kau akan mampu berdiri tanpa aku

maafkan aku andai aku tidak menyintai kau
bukan aku tidak pernah mencuba
setiap saat aku mencuba untuk memberikan yang kau mahu.
tapi setiap saat itu jugalah aku gagal.

kau baik.
aku tahu.
andai itu setiap gadis mahukan dari kau.
aku faham
tapi.
aku tidak faham apa yang tiada pada kau hinggakan aku tidak mampu menyintai kau.

keliru.
kelu.
kaku.

aku sudah tidak mampu menatap wajah kau lagi.
cukuplah sampai disini.

maafkan aku.
aku tidak mampu menyintai kau.
tapi
aku selalu mengharap yang aku mampu menyintai kau
seperti mana kau menyintai aku!


❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤

0 cinta utkku:

Usagi Sailor Moon - Link Select