Wednesday, December 7, 2011

✖ ketidakpuasan hati ✖

1 cinta utkku
janji. aku tahu kau pernah berjanji kau tidak akan tinggalkan aku. tapi kenapa sekarang kau mendiamkan diri kau. kenapa? aku mencari kau bagai orang tiada matlamat hidup. tapi kau masih hilang begitu sahaja. kau lupakah hari bahagia itu bakal tiba, kenapa kau buat aku menanggung semua derita ini sendiri?

kenapa?

diamnya dirimu, hilangnya dirimu buat aku semakin beku dalam hati sehinggakan muncul satu perasaan yang sudah lama aku simpan dalam peti hati. ya. ego aku muncul semula. emosi aku tidak menentu lagi. pasti aku beku dan dingin bila kau muncul semula.

aku bukan tunggul kayu. aku bukan batu ditepi jalan. kau sepak bila kau mahu sepak. kau pijak bila kau mahu pijak. dan kau biarkan aku ditepi jalan bila kau rasa kau sudah temui batu sungai yang lebih indah dan kau simpan ia dalam akuarium mu.

tidak. aku bukan tunggul kayu. aku bukan batu ditepi jalan. aku manusia. aku seorang gadis yang ada hati dan perasaan. aku seorang perempuan yang ingin menjejaki kaki ke alam wanita.

bukan sengaja aku tidak puas hati dengan apa yang aku ada. aku puas hati. aku bersyukur sangat-sangat. tapi bila kau buat aku seperti manusia mesin. aku mengundur diri. cukuplah. janganlah kau berjanji manis lagi dengan aku. cukuplah disini.

aku sudah penat mengikut kau. sekejap kau kata utara. sekejap kau kata selatan. bila aku keliru dan marahkan pendapat itu. kau kata aku kata bukan-bukan.

terima kasih. terima kasih. jangan salahkan aku andai hati ini sudah tertutup untuk kau.

usahlah kau menagih pada aku apa-apa pada hari bahagia aku. aku tidak mahu berjumpa dengan kau.


❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤

✖ suatu ketika aku ditepijalan ✖

0 cinta utkku
aku mengayuh basikal ditepi jalan itu. tiba-tiba sebuah lori besar yang laju telah meniup aku hingga aku jatuh dari basikal. lihat ditangan aku ada luka dan berdarah. aku terjatuh di atas batu besar. kelihatan darah semakin banyak keluar.

tiba-tiba kau muncul dan membantu aku. kau pinta kawan kau untuk hantar basikal aku ke kedai yang berdekatan untuk baiki. tapi aku, kau ngendong di basikal kau dan bawa aku ke klinik kesihatan untuk rawatan.

aku diam waktu itu. terkedu sebenarnya. sudahlah aku tidak mengenali kau. tapi boleh pula orang yang asing membantu aku. di klinik aku menelefon keluarga aku dan menceritakan semua itu. mereka kata, mereka akan datang menjemput aku. aku mengucapkan terima kasih pada kau dan dari suara aku mahu kau beredar. tapi kau kata tidak mengapa dan kau mahu menunggu aku.

merah wajah aku. jantung berdengup kencang bila ada orang yang sungguh ikhlas membantu aku. bila aku keluar dari bilik rawatan,aku lihat kau borak dengan bapa aku. terkejut aku. manakala ibu aku memandang aku dan tanya doktor tentang keadaan aku.

doktor cuma katakan jahitan itu kecil sahaja. kulit terkoyak sedikit. aku hanya senyum hambar pada ibu aku untuk menunjukkan yang aku tidak sakit. pandai tidak aku berlakon?

bila kau sudah tahu keadaan aku, kau beredar tanpa aku mengetahui nama mu. tiba tiba bapa aku sebut nama kau. dan disitu aku mengetahui nama kau.dan aku tersenyum kerna dapat tahu nama kau.

seminggu sudah berlalu selepas kejadian itu, dan seminggu juga kita tidak bersua muka. dan seminggu itu juga aku lalu ditepi jalan tempat dimana kau selamatkan aku. rindu pada kau? mungkin.

setiba dirumah aku terlihat ada sebuah kereta dihadapan rumah. aku ingatkan sahabat bapa aku. bila aku masuk dan bapa aku memanggil nama aku di ruang tahu, rupa-rupanya kau tetamu bapa aku. terkedu aku. bapa cakap bapa menjemput kau makan malam bersama sebagai balasan kau menyelamatkan aku. aduh! malu aku.

sewaktu makan aku menjadi pendiam. ibu kata, aku tidak pernah berdiam semasa makan. ada sahaja cerita aku di tempat kerja. ditepijalan dan dimana-mana sahaja aku pergi seharian. aduh! ibu ini suka buat aku malu sendirian.

usai makan, kau berborak di ruang tamu dengan bapa aku. aku di dapur membantu ibu. ibu suka menyakat aku. konon ingin jodohkan kami. ah! sudah-sudahlah ibu. jangan buat aku berangan keseorangan. tapi bila aku fikir semula, apa salahnya jika dia jodoh aku. rupa ada, harta ada, hati pun ada. ah! bermulalah berangan aku. oh tidak!

esoknya aku masih lalu di tepi jalan itu dengan basikal aku. tiba-tiba kau hon aku dengan kereta kau. terkejut aku dibuatnya nasib tidak terjatuh basikal lagi. kau campak sehelai kertas dibaluti batu pada aku. batu kertas itu betul-betul jatuh di tepi basikal aku. aku kutip dan baca, kau pinta aku menunggu kau di tepi jalan itu. maka, aku menunggu kau ditembok tepi jalan itu supaya aku tidak dilanggar kenderaan lain.

5 minit aku menunggu. akhirnya kau muncul, dengan senyuman yang cukup manis. malu aku untuk menatap kau lama-lama. kau hadiahkan aku sekuntum bunga.terpaku aku seketika. dengan senyuman tidak seberapa, aku terima hadiah kau itu. lalu kau pergi. aku terkejut. kau cuma beri salam saat jumpa, dan saat kau mahu beredar. di bunga itu ada kad, kad itu mengatakan sudikah kau berkawan dengan aku.

dengan senyuman paling lebar aku dan aku jawap YA didalam hati. sungguh indah perasaan itu.

perkenalan kita terjalin selama dua bulan. suatu hari kau kata mahu jumpa aku di tepi jalan esok petang. tapi petang itu aku tiba lewat kerna aku ada banyak kerja perlu aku selesaikan.

bila saat aku tiba ke sana, dengan penuh laju aku mengayuh basikal, aku terlihat dengan mata aku sendiri saat kau dilanggaar sebuah lori yang dipandu oleh seorang pemabuk. waktu itu kau mengutip kotak yang jatuh di tepi jalan tembok. kotak baldu merah.

terhenti aku. dan dengan tiada semangat, aku pun jatuh buat kali kedua dan tidak sedar diri.

setelah aku sedarkan diri, aku lihat aku bukan dibilik aku. ibu kata aku dihospital, aku kata pada ibu yang aku mimpikan kau kemalangan. dengan muka sedih ibu mengiyakan kata-kata aku. hampir hilang kewarasan aku. aku pinta pada ibu mahu berjumpa kau. ibu kata kau di bilik rawatan kecemasan kerana kau koma. saat itu aku lihat, rupa kau banyak berubah kerana luka yang teruk. amat teruk pendarahan di otak yang kau alami.

aku menangis semahunya. sambil berkata aku sayangkan kau dan aku mahu kau sedar. bila aku kata sebegitu, aku lihat mesin nadi mu terhenti. aku terkedu. ibu cepat-cepat memanggil doktor. jururawat meminta aku keluar. dengan longlai dan air mata aku keluar. aku kelu lagi. bapa datang bersama kedua orang tua kau, ibu kau memeluk erat aku dan juga adik kecil kau. bapa aku hanya mampu menepuk bahu bapa kau untuk memperbanyakkan bersabar dengan dugaan ini. bapa kau pandang wajah aku yang sugul. aku tidak mampu senyum. hanya air mata aku beri.

tidak lama kemudian doktor keluar. dia menggeleng. aku hampir rebah tapi nasib ibu menyedarkan aku.doktor tidak dapat menyelamatkan kau kerna pendarahan kau amat teruk. menangis ibu, bapa dan adik kau. aku memeluk ibu kau dan kami menangis bersama.

di pusara, aku mengiringi jasab mu ke kubur. tiada air mata saat itu. kerna aku tidak mahu buat kau sedih. sesungguhnya tidak sepatutnya aku meratap seseorang yang telah pergi untuk mengadap Ilahi. aku bersyukur kerna Tuhan amat menyayangimu.

sudah sebulan pemergian kau selamanya. aku masih lalu disitu. setiap kali aku lalu, pasti air mata aku jatuh tanpa aku sedar. aku tidak mampu memutarkan masa. cuma aku mampu kata, kalaulah aku datang awal. kalaulah!

semua sudah terjadi. ditepi jalan itu kita berjumpa, ditepi jalan itu kau mahu berkawan dengan aku, ditepi jalan itu nyawa kau tiada. dan ditepi jalan itu, aku masih menanti kau.




~THE END~

❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤

Wednesday, November 30, 2011

✖ jatuh cinta dengan kekayaan? ✖

0 cinta utkku
manusia seperti aku tidak layak mendapat yang terbaik.
cukuplah kawan aku sahaja.

aku ada seorang kawan. dia mahu kahwin. ada lagi beberapa hari sahaja untuk hari yang penuh bermakna bagi dia. bakal suami dia adalah anak kepada orang ternama.

cemburu tak kalian? sesungguhnya aku merasa cemburu.

kerna dahulu lagi aku sudah berangan-angan mahukan anak ternama berkahwin dengan aku.
kawan aku berhak mendapat yang terbaik. dia berhak. kerna dia sudah tiada seorang ibu. maka dia layak yang terbaik.

tahniah kawan. kau layak sepenuhnya, tapi ini bukan kerna itu sahaja. ini kerana kau telah ditakdirkan mendapat ornag itu.

tahniah. aku berdoa untuk mu.

bila kawan amhu kahwin, aku pun mahu juga. bila kawan mahu nikah. aku pun mahu juga.

aaaaaaaaaaaaaaahhhhhhhhhhhhhh!

aku manusia yang tiada pendirian! shit!

cuma angan-angan aku mendapat anak ternama tidak tercapai.

tapi kenapa aku mahu orang yang ternama? kenapa? adakah kerana kekayaan meraka?

yaa! mungkin sebab aku ini mata duitan. tidak berhak mendapat yang seprti itu.

tapi...

aku bersyukur kerana telah bertemu lelaki yang terbaik. walaupun dia tiada kekayaan yang melimpah. tapi aku jatuh cinta pada ilmu dia. itu sudah mencukupi bagi aku.

jangan jatuh cinta dengan kekayaan. kerna ia tidak menjamin kebahagiaan!

❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤

Tuesday, November 22, 2011

✖ Nadi aku ✖

0 cinta utkku
aku hela nafas.
aku hembus nafas.

tapi

bolehkah aku tahan nafas aku?
aku tidak mahu udara itu keluar dari jantung dan hati aku.
aku mahu ia sentiasa di dalamnya.

mana mungkin sebegitu.
yang mungkin jika sebegitu adalah mati.

sempurnanya cinta yang diberi seperti udara yang aku hela.
sakitnya cinta diberi seperti udara yang dihembus sewaktu selepas kita berlari.
penat bukan?

aku sayangkan dia seperti nadi aku.
jantung aku ini hanya dia saja yang boleh mengawal.
tiada lain
hanya dia.

tapi sayang, aku tahu aku bukan nadi dia. dia masih boleh berdiri utuh tanpa aku.
tanpa sedikit cela pun.
hebat kan?
tapi hati dia yang remuk siapa yang tahu kan?

andai dia bukan milik aku pun.
aku akan mencari nadi yang sememangnya untuk aku.
akan ada nadi untuk aku.
untuk aku meneruskan kehidupan.

akan ada. dan aku akan terus menunggu,

❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤

Wednesday, November 9, 2011

✖ ego itu kembali ✖

0 cinta utkku
*waktu aku mahu bikin ayat ini masa aku di opis. nasib bos aku tidak perasan. nasib jugak air mata tidak menitik.tiada apa. cuma aku perlu luahkan.*

wahai ego,
kenapa kau datang?

wahai ego,
apa tujuan kau muncul semula?

wahai hati,
kenapa kau panggil ego kembali?

wahai akal, bantulah aku.
aku buntu.
aku kelemasan.

wahai jiwa,
marilah kita memperbanyakkan mengucap.
dengan harapan, syaitan tidak terus menusuk jiwa.

wahai ego,
setelah lama aku tinggalkan kau, kau muncul kembali.
untuk apa?

semua pahit, manis, masam dan masin yang aku telan seorang tanpa berkongsi dengan siapa-siapa pun.
mungkinkah kerana aku terlalu pendam semua hinggakan ego pun kembali?

kenapa pelu ada ego saat jiwa dan hati merana dan derita?

hati kata, kau cintakan dia.
ego melawan, tidak! kau tidak cintakan dia. dia bukan untuk kau.

luahan ego.
lupakah kau tentang penderitaan hati kau selama ini?
lupakah kau betapa terseksanya kau tanggung semua keegoannya?
lupakah kau yang dia sedikit pun tidak pernah ambil peduli tentang kau?
lupakah kau yang tiada satu pun dia sanggup lakukan demi kau?
lupakah kau yang dia sememangnya tidak cintakan kau?

terpana. tersungkur. terbaring di atas tanah.
memang ada benarnya kata-kata ego.
memang ada benarnya.

saat itu hingga kini,
aku membiarkan 1000 soalan dalam hati dan akal aku.
aku membiarkan ia tergantung tidak bertali.
tiada jawapan.

biarlah. aku malas mahu mencari jawapan itu.
semuanya tidak berguna untuk aku lagi.

biarlah TUHAN yang membantu aku mencari jawapan itu.
InsyaAllah semuanya pasti akan terjawap.
ya. aku yakin, pasti akan terjawap.

ego, mari kita pergi.
urusanmu telah selesai.

hati, berhentilah menyintai dia.
akal, berhentilah memikirkan dia.

tapi

dan

❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤

Sunday, October 23, 2011

✖ rasa itu kembali lagi ✖

0 cinta utkku
masa memang boleh mengubahkan seseorang. ah! aku cemburukan masa itu. sudahlah sungguh pantas. lepas itu buat semua manusia mahu mengejarnya. aaaaaaaaa! sungguh cemburu aku!

tapi masa tidak kenal sayang. masa tidak pernah hargai apa yang berlaku. seperti itulah bila manusia lupa akan orang disekeliling mereka. aduh! peduh rasa dihati ini.

dahulu aku pernah kena perasaan ini. menanti bukan sukar untuk aku. tapi sikap kamu yang seperti manusia yang lupa akan kehadiran aku yang telah menyentap hati aku.

rasa seperti bila mahu, kau kutip. bila tidak, kau biarkan di tepi sampah. teruk kah? atau kejam?

nak tahu tak? aku sungguh jarang minta pertolongan kau kebelangan ini. aku waktu itu dalam kesedihan dan ingin luahkan pada kau. tapi kau sibuk. kau dengan adik kau. aku takut nak ganggu. aku takut nak luahkan. maka aku pendam semua dalam hati aku. menangis dalam hati. hanya bantal menemani.

bukan esoknya aku tidak mahu menceritakan semula. tapi buat apa? kejadian semua sudah lepas. jika aku cerita seperti aku mengungkit dan aku akan menangis lagi. cukuplah aku menangis semalaman. cukuplah.

aku tahu, tanpa aku kau bahagia. kau masih utuh berdiri. dan tiada alasan boleh aku berikan untuk tidak meninggalkan kau. 

tidak aku sangka aku akan kehilangan mereka yang aku sayang. kenapa kejadian ini terjadi pada aku? apa dosa aku hinggakan nasib aku begini?

mungkin semua ini ada sebab, tidak mengapalah. aku harap aku tabah menghadapi semua. 

walaupun perasaan itu kembali lagi untuk berulang kalinya.



❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤

Thursday, October 6, 2011

✖ ingin ✖

0 cinta utkku
aku ingin katakan yang aku sebenarnya mahu berjumpa dengamu.
tapi
apakan daya.
pasti kau akan menolak permintaan aku kan?

siapalah diri aku ini untuk kau memenuhi permintaan aku.
siapalah diri aku ini untuk kau berjumpa dengan aku.

ya. aku sedar yang aku bukan siapa-siapa.

tapi
aku manusia yang ada keinginan.
aku manusia yang ada hati dan jiwa.

walaupun aku kdang-kala agak kasar.
tapi aku tetap menjadi aku.
bukan aku tidak mahu berubah.
tapi aku perlukan masa untuk memikirkannya.

sukar untuk aku terus bernafas.
sukar untuk aku terus bergantung.

aku terpaksa lupakan semua keinginan aku.
kerna
aku mahu menjadi yang terbaik.

makan hati.
ya. kerna aku takut akan ketelanjuran aku.
maaf.
abaikan saja semua keinginan aku.
kerna aku masih kebudak-budakan.

❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤

Sunday, October 2, 2011

✖ that feeling ✖

0 cinta utkku
the feeling came when you touch my hand. oh damn! i hate that feeling. but i miss that feeling. so long times that feeling never came thru my heart. suddenly it came. and it make my heart warm.

aku tak tahu tentang perasaan itu. apakah perasaan itu?
aku rindukan hati itu. memanaskan hati aku.
aku terkedu.
dan aku termalu.

aiish! tiada mood untuk bermadah malam ini. kepeningan menambahkan sengsara pula.

❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤

Tuesday, September 20, 2011

✖ musnah semua ✖

0 cinta utkku
aku ada impian. Iaitu mengahwini kaum Adam yang aku cintai dan yang aku ingin melengkapi tulung rusuk dia.
Tapi halangan demi halangan datang. Mulanya aku tabah, tapi bila halangan keluarga muncul. Maka aku terpaksa mengundur diri. Aku terpaksa. Demi dia dan keluarga.

Andai semua ini tidak terjadi. Sudah terang-terangan aku mahu ada ikatan dengan dia di tahun akan datang. Tapi aku terpaksa mematikan semua dan lebur semua angan-angan itu.

Aku sukar untuk mencintai kaum Adam. Tapi bila aku sudah membuka hati sekali. Sampai mati pun hati aku hanya untuk dia. Tapi Tuhan mahu aku sedar yang cintakan seseorang hanya kerana Tuhan. Bukan kerna dia yang terhebat.

Kali ini aku akur. Andai ada cinta untuk aku. Akan aku cintakan dia demi Tuhan. Kerana Tuhan telah menemukan aku jodoh yang terbaik. Dan aku bersyukur dengan apa yang aku dapat.

Buat masa sekarang, aku mahu menyendiri. Semua yang berlaku telah pun berlaku dan aku terima semua ini dengan redha. walaupun hati tidak ikhlas pada mulanya. tapi hati akan ikhlas bila aku degil mahu hati ikhlas.

walaupun aku masih tertanya-tanya keadaan dia. kerna aku rindu akan dia. tapi aku tahu, dia tidak akan berpaling pada aku lagi sekali. kerna hati dia terluka hebat. dan aku terima semua kesalahan aku.

musnah semua. terpaksalah aku mencari dunia baru untuk memantapkan hidup aku. dan terpaksalah aku menjalani hidup tanpa dia di sisi aku. tapi aku sentiasa anggap dia masih menyanyangi aku.

apakah? aku sudah gila. maaf.


❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤

Monday, September 19, 2011

✖ without reasons ✖

0 cinta utkku

if hate will comes without reasons and reason. crying also will came out without reasons too.

aku rasa aku tidak mahu berkata-kata lagi. boleh aku terus terang saja dalam ini?
aku tiada jiwa buat masa ini.
kosong.
bercelaru.
sesak.
dying.

itu semua ada dalam satu badan.
ah! kenapa dengan aku? bukankah aku dahulu seorang gadis maskulin?
seorang yang tabah dan ego yang tinggi.
ya! itu aku. yang sentiasa degil dan kurang ajar.
jangan salahkan parents aku tentang kekurangan ajar aku terhadap orang lain.
mereka sudah ajar aku menjadi sopan.
tapi bila aku meningkat dewasa. kesopanan itu hilang secara tiba-tiba.
aku tidak tahu kenapa
tapi dahulu aku manusia yang penuh dengan sabar.
bila sampai satu tahap aku tidak boleh tahan. aku lepaskan saja.
tak kira dengan siapa pun

aku semakin menggila keseorangan.
membisu
diam
kurung diri.
aku tidak tahu apa aku harus lakukan tanpa dia.

khayal
kelu
speechless.

sayang sahaja tidak cukup bukan?
apa aku patut lakukan?
berubah?
need time.

mereka tidak kenal aku. aku sendiri tidak tahu kenapa manusia suka menilai aku dengan cepat.
aku bukan pari-pari.
tidak.
aku manusia.
entah. diam lagi bagus. biarlah Tuhan saja yang tahu.

❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤

Saturday, September 3, 2011

✖ jatuh cinta lagi? ✖

0 cinta utkku
I wish that I can turn back.
But I cant

Past is always be past.
But I love him very much.

I cant see his eye.
I cant see his smile.
Make me melting like ice cream.

Damn!
I fall in love again with him

What have I done?
I should not call him!
I should not ever make him fall in love with me either.
But he always love me.
He always know what to do when I sulking.
He alwys know about me.

Sometimes people said that
Sometimes we had to lose person in past for mature in future.
And the words are reality and meaning full to me.

He proposes me.
And I like to say yes but I cant because my family do not want him.
They said, the past always be the past, and past will never same like now.
And the sweet things happen in past will never be same again and again.

In deep of my heart.
I love him again.

His big eyes.
Big mouth
Nose.
His attitude.
His perfect.
Still like we have been date before.

He still him.
Never change.

I wish that I can love him again.

I wish!


❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤

Friday, September 2, 2011

✖ aku terdiam ✖

0 cinta utkku
sekali lagi aku terdiam.
ingin bincang tapi belum sempat, peluru sudah menembusi tulang rusuk aku.
aku mati
aku terdiam

aku rasa aku sudah buat keputusan,
aku tidak mahu memilih kau.
dengan apa yang kau kata
dengan apa yang kau lakukan.
aku tidak akan lupakan sampai mati.

aku berdendam?
ya!

aku psiko?
ya!

aku gila sebab kau!
aku serius tentang hubungan ini
tapi kau mempermainka jiwa aku.
jadi
jiwa gila
akal hilang
hati kering
jantung sudah tidak seperti dulu.

aku tidak perlukan kau lagi dalam hidup aku.
berahir semua
kita sememangnya tiada keserasian
atau apa-apa yang kaitan.

cukuplah sampai disini.
maaflah kerna aku degil.
maaflah kerna aku serius dengan hubungan ini.
maaflah sebab aku tak sengaja berdendam dengan orang yang aku sayang.
maaflah kerna aku tidak mampu berdiri lagi.


all is over.
no more question
no more nothing

i have to learn that he will not beside me
i have to set in my mind, he will never advise me anything
because
he not belong to me anymore.

i will never turn back.
i hope.
i waiting my faith but
I'll wait for my mate.
if a strong case that our mate.
I am pleased with the provisions of the Divine.

who knows the future?

❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤

Tuesday, August 30, 2011

✖ Sebelum ini kita tak pernah raya bersama ✖

0 cinta utkku
suatu petang di bulan puasa. saat menanti waktu berbuka, aku menelefon kau. bertanya tentang raya bakal tiba. bertanya tentang rancangan di hari raya kita. senyum. gembira. walaupun hanya berdua. tapi bahagia.

tiba-tiba kau retakkan hati aku dengan kata-kata kau. "sebelum ini kita tak pernah raya bersama kan?"
aku? kelu. membisu. hati bagaikan ditusuk pilu pedih. jiwa menangis. akal terdiam. aku mengigit bibir. ingin menjawap tapi tidak tahu apa. maka aku terus matikan talian.

menangis. tapi tak mampu. meraung tapi untuk apa?
mungkin memang benar sangkaan aku. kau tidak pernah mencintai aku. mungkin tahun-tahun lepas kita ada keluar beraya bersama. walaupun hanya dua buah rumah tapi ia masih bukan beraya bersama kan?

aku tidak mungkin melupakan ayat ini. tidak tahu sampai bila aku mampu berdendam. sakitnya hati aku kau buat aku tergedik sendirian. seperti aku saja yang terkejar-kejarkan kau. seperti aku saja yang beriya-iya mahu beraya dengan kau.

sudahlah. aku tidak mampu lagi. setiap kali kau menelefon aku. aku cuba berbaik dengan kau. aku cuba bercakap lembut seperti pasangan kekasih yang lain. aku cuba. tapi aku tidak mampu melindung hati itu. aku tak mampu. awan hati aku terlalu nipis. bila-bila saja hujan akan turun membasahi pipi aku.

andai kau nak datang beraya, datanglah. dan pulanglah selepas habis menetap di rumah ini. aku tidak mahu beraya dengan kau. tidak seperti tahun-tahun lepas. kerna kau cakap kita tidak pernah beraya bersama.

soalan: tahun-tahun lepas aku beraya dengan siapa? baju warna sama. sedih hati ini. awak tak tahu kan?


❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤

Monday, August 29, 2011

✖ cintakan kamu tapi ✖

0 cinta utkku
kau cintakan aku.
aku tahu.

kau sayangkan aku lebih dari diri kau
aku tahu.

tapi yang aku tak tahu
sama ada aku mampu atau tidak mencintai kau.

aku takut.
aku tidak mampu menandingi cinta kau yang agung itu.

aku takut.
kau akan runtuh bila dapat tahu yang aku tidak mampu menyintai kau.

tapi
aku tahu kau tabah.
aku tahu kau akan mampu berdiri tanpa aku

maafkan aku andai aku tidak menyintai kau
bukan aku tidak pernah mencuba
setiap saat aku mencuba untuk memberikan yang kau mahu.
tapi setiap saat itu jugalah aku gagal.

kau baik.
aku tahu.
andai itu setiap gadis mahukan dari kau.
aku faham
tapi.
aku tidak faham apa yang tiada pada kau hinggakan aku tidak mampu menyintai kau.

keliru.
kelu.
kaku.

aku sudah tidak mampu menatap wajah kau lagi.
cukuplah sampai disini.

maafkan aku.
aku tidak mampu menyintai kau.
tapi
aku selalu mengharap yang aku mampu menyintai kau
seperti mana kau menyintai aku!


❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤

Saturday, August 20, 2011

✖ si bodoh ✖

1 cinta utkku
Siapa si bodoh itu?

Kau atau aku?
Atau dia?

Kau diam.
Aku mengetap bibir.

Dia merenung tanah. 
Entah apa yang ada di tanah pun aku tidak mengerti.

Aku tidak sangka kau mungkir janji kau.
Aku beri kau emas tapi kau beri aku taik.
Musnah semua fantasi aku dengan kau.
Tidak mungkin menjadi di bumi nyata kita.

Aku berpaling dan aku benci kau sampai mati.
Kau konon mahu merahsiakan hal ini sebab mahu menjaga hati aku.
Selama 5 tahun kau tipu aku.

Tak sangka
Yang bodoh itu adalah 
aku!


❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤

Thursday, August 18, 2011

✖ ingin dimiliki ✖

0 cinta utkku
sekuntum bunga ros merah kau hadiahkan pada aku saat perkenalan pertama kita. aku senyum. aku suka. hati melonjak gembira.

kau berikan aku patung kecil dan ikat di telefon bimbit aku. comel patung itu. kau senyum. dan aku tersipu malu.

kau kata, kau suka berkawan dengan aku kerna aku melengkapkan hidup kau. aku senyum tersipu malu.

di saat aku sudah tidak boleh simpan perasaan cinta ini, aku luahkan pada kau yang aku amat menyintai kau. kau kelu. kau terpana dan kau lari. aku remuk di hati

suatu hari kau menghilang. aku cuba mencari kau tapi tidak jumpa. aku terpana. aku menangis. aku sepi.

aku cuba jalani hidup aku tanpa kau. aku cuba melupakan kau. aku cuba bernafas tanpa kau.

tiba-tiba kau muncul. kau memegang tangan aku. mata kau merah. kau berikan aku sekuntum bunga merah. kau senyum. kau kata, kau mahu miliki cinta aku. aku menangis tapi senyum.

bunga ros merah ada di atas katil kita. selepas Isyak tadi kau baru sahaja selesai melafazkan akad nikah di majlis kita. kau senyum puas. dan aku malu dan diam.

dalam pelukanmu, aku bertanya, kenapa kau lari dari aku masa hari aku meluahkan perasaan aku? dengan nafas berat kau jawap, kau lari sebab aku terlalu sempurna untuk kau, dan kau tidak layak menerima cinta aku yang sungguh hebat. tapi sejauh mana pun kau lari, kau sentiasa mengingat pada aku. sebab itu kau pulang untuk miliki cinta aku sebelum kau menyesal.

mata aku merah. tanpa sedar, pipi aku basah. dan kau sapu air mata aku dan kucup dahi aku.

di pagi harinya seusai solat Subuh dan kau menjadi imam aku dalam solat itu, aku bersiap ingin menyediakan sarapan kau. tapi belum sempat aku bangun dari katil, kau menarik tangan aku dan berikan aku sekuntum bunga putih yang segar. di fikiran aku pelik dari mana suami aku mendapat bunga yang masih segar ini.

sambil menghulurkan bunga kau kata, cinta kau pada aku tidak akan pupus hingga nafas kau yang terakhir. sekali lagi air mata aku gugur. sunggguh suci cinta kita ini. sungguh murni.

wahai suami ku,
andai benar cinta ini cinta pertama dan terakhir aku.
tunggulah aku di syurga.
kerna aku harap cinta ini cinta abadi.
hanya kau suamiku di  dunia dan akhirat.

*qku belum kahwin. tapi teringin cinta yang seindah ini. I wish!*
❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤

Wednesday, August 17, 2011

✖ belum tiba masa itu ✖

2 cinta utkku
Untung kau masih boleh menikmati hari-hari muda mu.
Untung kau masih boleh disayangi walaupun kau rasa tidak mungkin terjadi.
Untung kau masih boleh merubah hidup kau.

Tapi
kau tidak sedar semua itu bukan?
Kau masih tidak reti bersyukur bukan?
Kau masih belum matang bukan?

Kesentapan berlaku.
Salah siapa?
Tidak salah kau ingin menjadi dewasa.
Tidak salah kau ingin berkawan dengan orang dewasa.
Tapi pemikiran kau masih belum dewasa.

Kalau orang lain mahu putarkan masa betulkan keadaan lalu.
Kenapa kau tidak menghargai semua itu?
Kerna kau masih boleh memperbetulkan keadaan kau.

Gelaran panggilan memang tidak penting.
Tapi yang penting adalah gelaran itu adalah tunjuk tanda hormat sesama manusia.
Sahabat memang penting.
Tapi sahabat paling sebenar adalah adik beradik.

Aku tidak melarang kau berkawan dengan orang dewasa.
Tapi ambil yang putih sahaja bila berkawan dengan mereka.
Bukan kisah hitam mereka.
Sebab setiap manusia nasib mereka berlainan.

Jangan menyesal dengan pemilihan jalan hidup kau.
Kerna kita tidak boleh mengundur.

Kan elok bermanja.
Akan disayangi.

Manusia memerlukan kasih sayang untuk terus hidup lama.

Tapi satu soalan.
Perlu sangat ke kau dilayan seperti dewasa?
Sedangkan kau belum capai setahun jagung.
Bersyukur dengan apa yang ada.
Bukan menrungut mahu mejadi tua.


❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤

Thursday, August 4, 2011

✖ Ogos dan Puasa ✖

0 cinta utkku
selamat datang duhai Ogos dan Ramadhan.
jemputlah diri anda datang ke bumi yang penuh dengan dugaan dan ujian-Nya.
yang apsti, semua benda yang berlaku pasti ada hikmahnya.

dan kita sudah pasti yang semua jin dan syaitan telah dikurungkan oleh Allah SWT di dalam neraka.
maka tertutuplah pintu neraka sepanjang bulan puasa.

dan ini lah terbukti ingin menguji ketabahan manusia menahan diri dari nafsu dalam diri.
dan juga keimanan dalam hati.

tanpa pengawalan nafsu dan ekkuatan iman,manusia sememangnya hancur dan musnag,maka kiamatlah dunia ini dalam sekelip mata.

ogos juga dikenali sebagai bulan patriotik, kerna bulan inilah kita menyambut bulan Kemerdekaan. kita patut mengenang jasa pahlawan-pahlawan tanah melayu kita kerna sanggup mengorbankan nyawa demi mempertahankan negara kita.tanpa mereka sudah pasti hingga sekarang negara kita masih dijajahi.

sekian~

SELAMAT BERPUASA DI BULAN RAMADHAN YANG MULIA INI.
jangan poteng-ponteng.



❤❤❤❤❤❤❤❤❤

Tuesday, July 19, 2011

✖ air dan minyak ✖

0 cinta utkku
kau membawa secawan minyak dan segelas air.kau kata pada aku,minyak dan air boleh bersatu.aku kata,tidak boleh.kau tetap ingin tunjukkan aku buktinya.kau tuang minyak dalam gelas yang berisi air.dan kau kacau bahan itu dengan sebatang kayu bersih.kau kacau dengan penuh sungguh-sungguh.molekul-molekum minyak semakin berpecah.tapi air tetap sebegitu.

kau kacau hinggakan kau kepenatan,kau berhenti.dan terlihat yang minyak dan air tetap tidak boleh bersatu.kau kecewa.kau hampa.kau ingin membuang gelas itu,tapi aku hentikan tindakan kau.dan aku ambil gelas dari tangan kau,dan satu gelas kosong yang lain.aku tujukan gelas-gelas itu pada kau,sambil berkata,cubalah asingakn minyak dengan air.

kau cuba dan cuba.tapi minyak dan air itu tetap melekat bersama.sukar sungguh nak pisahkan.kau mencuka.dengan senyuman aku berkata, ini terbukti cinta kita,bila ia sudah bersatu,sampai mati pun ia masih bersatu.

akhirnya kau tersenyum lebar dengan kelopak mata yang sedikit berair.

walaupun kau minyak dan aku air tidak boleh bersama.tapi cinta kita seperti minyak dan air,bila bersatu,ia akan kekal bersatu,


❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤

Saturday, July 16, 2011

✖ saat aku perlukan kau ✖

0 cinta utkku
aku jarangh pinta pertolongan kau.
sebab aku tahu kau sibuk dengan dunia kau.
aku mengerti.
aku terima.
aku diam.
walaupun ada masanya aku amat-amat memerlukan kau.
tapi aku gagahkan juga tanpa kau.
kerna kau sibuk dengan urusan kau.

tapi.
ada masa itu aku memang tidak boleh tiada kau.
aku perlukan kau.
aku perlukan kau walaupun sesaat.
tapi kau kata kau tidak boleh.
aku diam sekali lagi.
aku membisu.
aku menangis di belakang kau.
kau tidak pernah ambil peduli.
kau biarkan aku dan kau kata aku budak manja.
dengan air mata,aku tersenyum.

walaupun kau tiada masa untuk aku.
adakanlah masa untuk menghubungi aku.
dengar cerita aku.
dengar ketawa aku
dengan tangisan aku.
tapi.
kau tidak ambil peduli langsung.
menangis aku terdiam.

aku boleh terima kalau kau buat begitu pada aku sekali-sekala.
tapi aku sudah tidak boleh berdiri jiika ini kerap saban hari berlaku.
susah sangat ke tolong aku?
kau kata kau cintakan aku.
tapi itu semua hanya palsu.
aku pinta semua dari kau sebab aku kerap merindui mu.
tapi kau tak faham.

kau selalu suruh aku sabar.
aku sabar.

sudahlah.
biarlah aku.
lupakanlah saja.
aku mahu bersendirian.

❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤

Tuesday, July 12, 2011

✖ should I or don't? ✖

0 cinta utkku
Aku tahu aku tiada hak mahu mengambil tahu hal dia.
Tapi aku mahu tahu apakah kita masih kawan atau tidak?
Andai tidak.
Katakan tidak.
Diam seribu bahasa tidak membantu langsung.

Aku buntu.
Aku keliru.
Aku sesat di jalan persahabatan kita.
Aku sesat di planet sahabat kita.
Kau tinggalkan aku di ruang angkasa yang tiada udara untuk aku bernafas.
Kau tinggalkan aku terapungan tanpa apa-apa pautan.

Ingin aku soal tapi tiada daya.
Ingin aku memulakan bicara tapi ketakutan.

Haruskah aku berpura-pura?
Anggap yang kita masih kawan tapi tidak seperti kawan.
Atau
Haruskah aku melepaskan kau?
Anggap yang kita dahulu,kini dan selamanya tiada apa-apa?

Tolong jawap soalan aku.
Tolong jangan jadi kejam.

❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤

Sunday, July 10, 2011

✖ tiba bulan baru ✖

0 cinta utkku
kini tibanya bulan julai.
tiada apa yang istimewa untuk bulan ini kecuali.
air mata jatuh semula lebih banyak dari jun.

aku banyak melepaskan isi hati aku di facebook.
ya.
facebook ada note.
disitu aku meluahkan karya aku.
segalanya disitu.
sepi pula belog aku ini.

nanti jika kesempatan,
aku mahu copy paste saja dari fb ke blog ini.
itupunb jika aku rajin.

aaaa!
i miss all my friends.
all of you.
now,
i have to go to my class.
bye2.

❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤

Monday, June 27, 2011

✖ tiada jawapan ✖

0 cinta utkku
aku sudah tiada kata bila kau sudah membuat keputusan kau..
aku sudah kelu lidah bila kau katakana tidak..

aku menelan air liur seperti menelan seketul batu yang besar..
aku pejam mata yang penh dengan duri..

aku terdiam..
aku terkedu..

apa lagi yang boleh aku katakana ialah..
baiklah..

hati semakin mengecil…

aku sudah beritahu kau awal-awal..
bersedialah kerna aku akan memerlukan kau satu hari nanti..

dan bila hari itu tiba..
kau kata kau mahu membutakan diri..

aku malas aku mendesak kau..
aku malas mahu marah kau..

jadi keputusan aku..
tiada jawapan..
hanya pandangan kosong bila tiap kali pandang kau..

tiada lagi cinta..
hanya bayangan cinta.



❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤

✖ aku manusia alpa ✖

0 cinta utkku
Cinta itu ikhlas hulur tangan
Tapi aku
Tidak Nampak keihlasan itu.

Sebab aku buta.

Cinta itu datang dengan kejujuran
Tapi aku
Tidak sedar dengan kejujuran itu.

Sebab aku pentingkan diri sendiri.

Aku manusia yang tidak layak mendapat cinta.
Patut campakkan aku pada dunia yang keseorangan.
Biarkan aku menangis.
Biarkan aku ketakutan.

Kerna bila tiba masa aku sedar,
Yang depan mata itu milik aku.
Sentiasa ada.
Sentiasa setia.
Sentiasa kekal.

Oh! Aku manusia sering alpa.

❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤

✖ tidak akan ku biarkan ia berlaku ✖

0 cinta utkku
Aku tidak mahu dia merasa apa yang aku pernah rasa tika dahulu.
Cukuplah aku dahulu pernah merana.
Tidak mungkin kali ini aku ingin lakukan.
Peritnya hati sukar ditafsirkan.

Cukuplah.
Biarkan ia berlalu.
Biarkan ia terdiam.

Andai aku lakukan juga,
Bermakna aku manusia yang bodoh.
Tidak mungkin aku mahu ia berulang,
Walaupun bukan aku yang sakiti.

Cukuplah.
Sampai di sini saja.
Persahabatan atau percintaan di awan mimpi.
Nan indah.




❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤

Thursday, June 16, 2011

✖ dia tidak tahu ✖

0 cinta utkku
kadang kadang aku buntu....
tertanya-tanya mana kamu...
tapi aku tahu kau tidak akan layan diri aku..
aku cuba berbaik dengan mu..
aku turunkan kedegilan aku dan ego ku..
tapi apa yang aku dapat???

andai tidak suka...
sila katakan..
usah;ah kau menyiksa aku..

aku terima..

kerna aku sentiasa harapkan kau di sisi aku..
aku sentiasa harap kau ada saat aku memerlukan kau..
tapi..
kau tiada..
andai aku menjerit di hati..
kau tidak akan mendengarnya kan???

aku sepi tanpa kau..
tolong lah jangan tinggalkan aku penuh dengan tanda tanya..

aku kelu..
aku bisu...

❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤

Monday, June 13, 2011

✖ aku buntu ✖

0 cinta utkku
aku cintakan dia..
macam mana aku mahu tarik semula cinta dia??

aku buntu..
aku tiada akal untuk terus memikirkan benda ini 24jam..

tolong aku!

❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤

Sunday, June 12, 2011

✖ kau masih ada ✖

0 cinta utkku
cinta tidak akan wujud tanpa mu...
aku tahu..

cinta tidak akan hidup tanpa mu..
aku tahu...

aku harap kau masih ada cinta untuk aku..
aku harap kau masih ada untuk masa depan aku...

doa aku hanya satu..

harap cinta kau masih ada dalam hati aku..


❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤

Sunday, June 5, 2011

✖ cemburu ✖

0 cinta utkku
aku cemburu...
cemburukan teman-teman aku yang punya kekasih..
yang bahagia dengan kekasih masing-masing..

tapi aku??

masih begini..
sendirian..
tiada teman...

aku selalu cerita donggeng dengan mereka yang aku punya kekasih juga seperti orang lain..
tapi sebenarnya tiada...
aku hanya buat sebegitu hanya kerana mahu menunjukkan yang aku juga manusia normal seperti mereka...

kisah percintaan aku penuh dengan kekeliruan..
penuh dengan tanda tanya..
penuh dengan kesedihan..

sejujurnya...
aku cemburukan mereka yng bahagia..
tapi aku tumpang bahagia juga...

❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤

Friday, June 3, 2011

✖ kata-kata ✖

0 cinta utkku
yang sebenarnya...
aku tiada kata lain selain ingin katakan...

"kau ada otak...sila guna dan berfikir..."

aku hanya mampu mendiamkan diri sehingga aku temui apa yang aku mahukan..

aku benci manusia seperti kau..

tidak mengapa..
aku terima...

tiada kata selain bakal kata lain..

"selamat tinggal!"

❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤

Wednesday, June 1, 2011

✖ ketahanan hilang ✖

0 cinta utkku
susah sangat ke buat apa yang aku pinta??
susah sangat ke ikut apa yang aku katakan??

sukar untuk aku meluahkan...
entah lah...
aku buntu..
aku mahu larikan diri..

selamat tinggal!

❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤

Monday, May 23, 2011

✖ ke-murung-an ✖

0 cinta utkku
Bosan!bosan!
Tiada apa aku boleh buat hanya memandang kiri dan kanan…

Bosan!bosan!
Sambil menekap muka aku dengan bantal dan menjerit..

Bosan!bosan!
Menangis sampai tertidur itulah aku…

Bosan!bosan!
Melihat siling rumah seperti Nampak masa depan aku…

Oh!sungguh bosan aku jika tiada buat apa-apa…


❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤

Sunday, May 22, 2011

✖ bila hati keruan ✖

0 cinta utkku
Ini bukan cinta..
Ini bukan angau..

Tapi ini kawal kemarahan..
Kesabaran aku sudah sampai satu tahap yang aku sendiri tidak mampu kawal..

Aku sudah tewas dengan bercinta..
Memang cinta itu indah..
Tapi..
Selalu sahaja makan hati kan?

Putus cinta memang menyakit..
Tapi ia tidak membuat kita makan hati..
Sakit memang sakit..
Tapi ia akan baik semula dan tidak sakit lagi..

Tapi bila bercinta..
Baru pulih, sakit semula..
Kejam bukan?

Aku rasa nikah lagi bagus..


Nota kaki: sakit hati betul la..kita sahaja nak kena dengar cakap dia..benci!

❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤

✖ revenge! ✖

0 cinta utkku
Dahulu aku seorang pejuang..
Bukan pejuang seperti Hang Tuah memperjuangkan Melaka…
Tapi…
Seorang pejuang berdendam..

Aaaaaaah!

Aku sudah mula ke laut…
Fikiran aku ke bulan..
Bukan atas bumi..


The true is…
Aku seorang pendendam duhulu kala..
Mungkin juga sekarang…
Aku sendiri tidak mengerti..
Aku sendiri sudah lupa…

Dulu agak tsunami bila aku menjadi seorang pendendam..
Semua benda aku boleh dendam..
Semua benda aku boleh jadikan isu jika hati aku tak puas..


Damn!aku melalut!

❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤

Tuesday, May 17, 2011

✖ untuk awak..maafkan saya ✖

0 cinta utkku
Hadirnya dirimu,
didalam hidupku,
Telah merubah segalanya
Dan telah aku lewati,
saat gelap hidupku,
Namun aku masih tak menyakini,
Diriku yang cuba menghapuskan,
Mimpi-mimpi buruk yang lalu
[ Lyrics from: http://www.lyricsmode.com/lyrics/0-9/6ixth_sense/maafkanku.html ]
Inginku berlari,
dan menggapai hasratku
Apakah kau kan berlalu pergi,
Terkapai-kapai aku,
inginku membuktikan,
kejujuranku kepadamu,
Dan kini kusedari diriku,
Masih liar untuk dimiliki

Maafkanku,
Kerna mengingkari janji
yang terpatri dahulu padamu,
Maafkanku,
Atas kekurangan yang ada
pada diriku ini.

More lyrics: http://www.lyricsmode.com/lyrics/0-9/6ixth_sense/#share

*saya dengar lagu nih..dan saya pasang lirik..tertibe teringat awak..maafkan saya...fahamkanlah maksud lagu ini..take care..*


❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤

Sunday, May 15, 2011

✖ mampukah aku? ✖

0 cinta utkku
sudah lama aku berdiri disebelah kau...
sudah lama aku memerhatikan kau...
sudah lama aku mengubati sakit hati bila kau sakiti hati aku...

tapi...

mampukah aku untuk terus berdiri seperti dahulu?

aku selalu tertanya-tanya sama ada kau jujuar atau main-main?
aku selalu tertanya sama ada kau ikhlas atau tidak?
aku selalu terfikir sama ada kau merindui aku seperti mana aku rindukan kau setiap saat...

aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!

ingin sahaja aku berlari sepuas hati..
berlari hingga aku tidak larat untuk berlari dan berjalan malah berdiri pun tidak..
hanya mampu duduk,tunduk dan menangis...

menangis sepuas hati..
menangis hingga hati aku sudah tidak larat...
menangis hingga aku sendiri memujuk hati aku...

kau cuba memujuk aku supaya aku terus berdiri disebelah kau...
aku cuba...
tapi aku sudah tidak mampu berpura-pura...
banyak benda demi aku kau lupakan...
aku diam dan sabar...
aku cuba berfikiran positif...
aku cuba pujuk hati aku walaupun mata sudah melaut...

entahlah...
aku sendiri tidak pasti sampai bila aku mampu bertahan...
aku buntu...

soalan yang selalu aku tertanya-tanya dalam diri aku..

"mampukah aku?"
*pakcik google*

❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤

Thursday, May 5, 2011

✖ kau pendusta! ✖

0 cinta utkku
Ah!aku bencikan kau..

Ah!pergilah kau.

Ah!pergi mampus lah kau.

Kau telah melukakan aku..
Kau telah membuat semua yang aku impikan musnah..

Kau hancur kan segalanya!

Dulu kata-kata kau penuh dengan manis..
Dulu kata-kata kau penuh dengan madu..

Tapi sekarang..

Kau tipu aku..
Kau mempermainkan aku..
Kau mempergunakan aku..

Baru aku sedar..
Manusia macam kau memang tidak akan berubah langsung..


Kau lah pendusta!
Yang terhebat!

tepukan untuk kau sebagai pelakon terhebat!

*tak ada kena mengena pon!*


❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Usagi Sailor Moon - Link Select